Harian Metro

Kepala digigit buaya ketika persembaha­n

-

Hanoi: Seorang lelaki hampir kehilangan wajahnya selepas digigit buaya ketika membuat persembaha­n dengan haiwan ganas berkenaan.

Lelaki yang tidak dikenali itu dilaporkan membuat persembaha­n di hadapan sekumpulan penonton di Ha Nam di timur Vietnam.

Dalam satu rakaman video yang tular di Internet, menunjukka­n lelaki itu menenangka­n buaya berkenaan sebelum dia memasukkan kepalanya ke dalam mulut haiwan sepanjang hampir dua meter.

Bagaimanap­un, secara tiba-tiba buaya itu menutup mulutnya menyebabka­n lelaki berkenaan berusaha melepaskan kepalanya.

Apabila berjaya melepaskan kepalanya dari rahang buaya berkenaan lelaki itu terus memegang mukanya sambil menahan kesakitan.

Darah mengalir dari celah tangan lelaki itu dan suara penonton menjerit ketakutan juga jelas kedengaran.

Seorang petugas kemudian menghulurk­an tuala kepada lelaki itu dan terus menjadi merah kerana tidak mampu menampung jumlah darah yang banyak.

Seorang pegawai pentadbira­n Ha Nam, Pham Van Do berkata, Jabatan Kebudayaan, Sukan dan Pelanconga­n menjemput sekumpulan penjinak buaya untuk membuat persembaha­n di bandar itu.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Ha Nam dan keadaannya semakin pulih,” katanya. - Agensi

 ??  ?? KOMBINASI gambar menunjukka­n lelaki itu memegang mukanya yang cedera selepas memasukkan kepalanya ke dalam mulut buaya. - Agensi
KOMBINASI gambar menunjukka­n lelaki itu memegang mukanya yang cedera selepas memasukkan kepalanya ke dalam mulut buaya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia