Harian Metro

Simen kaki bantah pembinaan kilang

-

Jakarta: Sekumpulan petani menyimen kaki mereka dan berkumpul di hadapan Istana Negara kelmarin bagi membantah kelulusan sebuah kilang simen beroperasi di kampung mereka.

Petani dari Pergununga­n Kendeng, daerah Rembang, Jawa Tengah itu duduk di tengah panas sebelum beberapa aktivis menuangkan simen di kaki mereka.

Kumpulan itu membantah kebenaran yang diberikan kepada syarikat PT. Semen Indonesia untuk membuka kuari dan kilang oleh gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo.

Penyelaras Jaringan Masyarakat Peduli Pergununga­n Kendeng, Joko Prianto berkata, kelulusan itu bermakna aktiviti melombong batu kapur Rembang masih tetap berjalan.

“Sudah beberapa kali kami membuat protes dengan menyimen kaki bagi mendesak Presiden Joko Widodo (Jokowi) menghentik­an operasi kilang simen di sini,” katanya ketika dipetik Kompas.com.

Katanya, semua petani itu tidak akan memecahkan simen di kaki mereka sehinggala­h Jokowi menunaikan permintaan mereka.

“Aksi simen kaki ini adalah gambaran apa yang dialami oleh petani di Pergununga­n Kendeng.

“Hidup mereka terbelengg­u dengan kewujudan kilang simen yang merosakkan alam sekitar,” jelasnya.

 ??  ?? KUMPULAN petani dengan kaki bersimen duduk di hadapan Istana Presiden di Jakarta kelmarin bagi membantah kelulusan kilang simen di kampung mereka. - Kompas.com
KUMPULAN petani dengan kaki bersimen duduk di hadapan Istana Presiden di Jakarta kelmarin bagi membantah kelulusan kilang simen di kampung mereka. - Kompas.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia