Harian Metro

Kos langgar terumbu karang RM72.1 juta

-

Sorong (Indonesia): Sebuah kapal persiaran Britain melanggar terumbu karang asli di Kepulauan Raja Ampat dan menyebabka­n kerosakan teruk terhadap habitat marin popular berkenaan, kata penyelidik dan pegawai semalam.

Kepulauan Raja Ampat yang terletak di timur Indonesia adalah antara lokasi tumpuan pelancong terutama penyelam kerana kecantikan luar biasa terumbu karang dan hidupan lautnya.

Pada 4 Mac lalu, kapal Caledonian Sky seberat 4,200 tan dilaporkan melanggar terumbu karang ketika air surut di pulau Kri semasa membawa pelancong melihat burung.

Kapal yang membawa 102 penumpang dan 79 kru itu terkandas di atas terumbu karang dan terpaksa diapungkan oleh kapal tunda sebelum meneruskan pelayaran.

Penyelidik marin dari Universiti Papua, Ricardo Tapilatu berkata, insiden itu menyebabka­n kerosakan seluas 13,500 meter persegi pada terumbu karang.

Ricardo yang mengetuai satu pasukan menilai impak insiden berkenaan memberitah­u, kos membaik pulih terumbu karang itu mungkin menelan belanja AS$16.2 juta (RM72.1 juta).

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n kapal Caledonian Sky terkandas di kawasan batu karang di pulau Kri pada 4 Mac lalu. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n kapal Caledonian Sky terkandas di kawasan batu karang di pulau Kri pada 4 Mac lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia