Harian Metro

Rampas tanduk badak sumbu RM22.25 juta

-

Pihak berkuasa Thailand merampas 21 tanduk badak sumbu yang diseludup masuk dari Ethiopia bernilai hampir AS$5 juta (RM22.25 juta).

Beberapa beg yang membawa tanduk itu ditemui pada Jumaat lalu dalam satu pemeriksaa­n rawak di Lapangan Terbang Antarabang­sa

Suvarnabhu­mi di Bangkok.

Pemilik beg itu melarikan diri ketika pegawai membuat pemeriksaa­n dan masih gagal ditangkap.

Ini kali kedua dalam tempoh dua tahun tanduk badak sumbu dirampas di lapangan terbang berkenaan.

Tanduk, darah, kulit dan air kencing badak sumbu mendapat permintaan tinggi di Asia kerana digunakan dalam perubatan tradisiona­l China.

Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) berkata, hanya sedikit badak sumbu hidup di luar taman negara dan kawasan perlindung­an dengan beberapa spesies diancam kepupusan.

Pakar percaya pemburu haram membunuh badak sumbu untuk mendapatka­n tanduk haiwan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia