Harian Metro

Pendakwa panggil, soal siasat Park sebagai suspek

-

Seoul: Pendakwa raya Korea Selatan akan memanggil bekas presiden Park Geun-Hye, yang dipecat mahkamah tertinggi negara itu minggu lalu, untuk disoal siasat sebagai suspek, kata seorang jurucakap semalam.

Park dinamakan sebagai pensubahat kepada orang kepercayaa­nnya berkait skandal rasuah dan salah guna kuasa sehingga menyebabka­n jawatannya dilucutkan yang disahkan mahkamah tertinggi negara itu, minggu lalu seterusnya melucutkan imunitinya didakwa secara jenayah.

“Kami akan memutuskan tarikh yang sesuai untuk memanggil bekas presiden Park dan akan memaklumka­n perkara itu kepadanya,” kata jurucakap di Jabatan Pendakwa Raya Daerah Seoul kepada AFP.

Katanya, mereka masih belum memutuskan sama ada Park akan dipanggil ke pejabat pendakwa raya secara peribadi atau terbuka di hadapan jurugambar dan kamera televisyen.

Rakan dan orang kepercayaa­nnya, Choi Soon-Sil, sedang dibicaraka­n kerana cuba menggunaka­n hubunganny­a dengan Park untuk memaksa syarikat gergasi negara itu menderma hampir AS$70 juta (RM311 juta) kepada yayasan milik Choi yang didakwa digunakan untuk kepentinga­n peribadi. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia