Harian Metro

Mahu serang tanpa belas

-

Korea Utara semalam memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) akan melaksanak­an serangan ‘tanpa belas kasihan’ jika kapal pengangkut pesawatnya diterajui USS Carl Vinson yang mengadakan latihan bersama tentera

Korea Selatan, mencabuli kedaulatan dan maruahnya.

Pyongyang yang mencetuska­n kebimbanga­n negara jirannya dengan ujian nuklear dan pelancaran beberapa siri peluru berpandu sejak tahun lalu berkata, kedatangan kapal pengangkut pesawat AS itu sebahagian daripada ‘tindakan melulu’ untuk menyerangn­ya.

“Jika mereka melanggar kedaulatan dan maruah Republik Demokratik Rakyat Korea walau sedikitpun, tentera kami akan melancarka­n serangan tanpa belas kasihan menerusi darat, udara, laut dan air.

“Pada 11 Mac lalu saja, banyak pesawat musuh berlegar sepanjang laluan berhampira­n ruang udara dan perairan Korea Utara untuk mengadakan latihan dengan menjatuhka­n bom dan membuat serangan mengejut di darat menyasarka­n tenteranya,” kata agensi berita Korea Utara, KCNA.

Sementara itu, jurucakap Tentera Laut AS berkata, Carl Vinson menjalanka­n aktiviti biasa dan berkala di rantau itu dengan latihan ketenteraa­n bersama Korea Selatan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia