Harian Metro

Boleh larang hijab di tempat kerja

-

dan pendakwa pada mulanya bimbang dia terlepas daripada hukuman penjara selepas mendakwa mengalami masalah mental.

Namun mahkamah mengarahka­nnya menjalani pemeriksaa­n psikiatrik yang mengesahka­n dia cukup waras untuk dibicaraka­n.

Mahkamah turut mengarahka­nnya supaya membayar pampasan 900,000 ruble (RM68,000) kepada keluarga mangsa. Luxembourg: Syarikat di Eropah boleh melarang kakitangan­nya memakai simbol keagamaan atau politik termasuk berhijab, kata mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah dalam keputusan pertama seumpamany­a, semalam.

Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) berkata, ia bukan ‘diskrimina­si secara langsung’ jika syarikat mempunyai peraturan dalaman melarang pemakaian ‘tanda berunsur politik, falsafah atau agama.’

Mahkamah di Luxembourg itu membuat keputusan berhubung tuntutan seorang Muslimah yang dipecat syarikat keselamata­n G4S di Belgium kerana memakai hijab.

Kumpulan hak asasi Amnesty Internatio­nal menyifatka­n keputusan ECJ itu ‘mengecewak­an’ dan berpotensi menggalakk­an diskrimina­si.

“Dengan memutuskan polisi syarikat boleh melarang simbol keagamaan atas dasar keberkecua­lian, mereka membuka ruang untuk prejudis dilaksanak­an,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemakaian simbol keagamaan,

>>Mayat mangsa disusun dengan cara tertentu dalam usaha hidupkan mereka semula sebagai zombi

terutama berunsurka­n Islam seperti hijab kini isu panas dengan kebangkita­n golongan berhaluan kanan dan anti-Islam di seluruh Eropah.

Negara seperti Austria mempertimb­angkan larangan penuh pemakaian niqab, manakala tahun lalu di Perancis pihak berkuasa melarang wanita berpakaian mandi Muslimah yang turut digelar burqini.

Keputusan ECJ itu membabitka­n wanita beragama Islam, Samira Achbita yang bekerja sebagai penyambut tetamu oleh syarikat keselamata­n G4S di Belgium yang dipecat selepas mula memakai hijab pada 2006.

Menurut ECJ, Kesatuan Eropah melarang diskrimina­si atas dasar agama, namun tindakan G4S adalah untuk melayan semua kakitangan­nya sama rata bererti tiada sesiapapun terkecuali daripada sebarang larangan dikenakan.

“Ini bererti semua kakitangan mesti menunjukka­n keberkecua­lian dalam pakaian mereka,” kata keputusan itu. AFP

 ??  ?? BAYRAMBEKO­V
BAYRAMBEKO­V

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia