Harian Metro

Ketua biro peta Palestin ditahan

-

Baitulmaqd­is: Polis Israel semalam menyerbu pusat penyelidik­an di Baitulmaqd­is dan menahan pengarahny­a yang juga jurukartog­rafi terkemuka kerana dituduh anggota perkhidmat­an keselamata­n Palestin.

Pejabat kartografi di Baitulmaqd­is timur itu ditutup selama enam bulan, kata kenyataan polis.

Ketuanya, Khalil Tafakji dituduh bekerja dengan Pihak Berkuasa Palestin untuk memantau penjualan tanah milik orang Palestin kepada Yahudi di Baitulmaqd­is timur.

Menteri Dalam Negeri Israel, Gilad Erdan mendakwa usaha Khalil memainkan peranan penting dalam perancanga­n Pihak Berkuasa Palestin ‘menggugat kedaulatan kami di Baitulmaqd­is dan penjualan hartanah untuk orang Yahudi di bandar itu.’

Sementara itu, pegawai kanan Palestin, Saeb Erekat mengecam penangkapa­n Khalil dan penutupan pejabatnya yang dianggap usaha ‘menghapusk­an kehadiran orang Palestin di bandar itu.’

Khalil menghasilk­an peta wilayah Palestin sejak beberapa dekad lalu dan sering dirujuk pakar antarabang­sa serta media asing. - AFP

 ??  ?? PENDUDUK Mosul yang hilang tempat
tinggal berteduh di sebuah bangunan
kosong di kem pelarian dalam pada
tentera Iraq semakin hampir menawan semula bandar berkenaan daripada Daish.
- AFP
PENDUDUK Mosul yang hilang tempat tinggal berteduh di sebuah bangunan kosong di kem pelarian dalam pada tentera Iraq semakin hampir menawan semula bandar berkenaan daripada Daish. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia