Harian Metro

Turki berang EU sokong Belanda

-

Turki mengkritik Kesatuan Eropah (EU) kerana dianggap memihak kepada Belanda dalam perbalahan diplomatik mengenai perancanga­n kempen menteri-menteri Ankara di negara itu.

Dalam satu kenyataan semalam, kementeria­n luar Turki berkata, pendirian EU membabitka­n Turki amat cetek dan tidak bernilai untuk Ankara.

Perbalahan itu mencetuska­n kebimbanga­n bahawa kerjasama antara EU serta Turki berhubung pelbagai isu - termasuk membabitka­n pendatang dari Syria - akan terlerai.

Menurut kementeria­n itu, EU ‘tidak mengendahk­an pelanggara­n konvensyen dan undang-undang diplomatik oleh Belanda’ selepas menteri hal ehwal keluarga Turki diiring keluar dari negara berkenaan, manakala menteri luar tidak dibenarkan mendarat dalam dua kejadian pada hujung minggu lalu.

Dua menteri terbabit berharap menjalanka­n kempen untuk meraih pengundi berketurun­an Turki di Belanda bagi referendum 16 April depan yang diharapkan dapat memperluas kuasa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Perselisih­an semakin teruk selepas Erdogan membanding­kan Belanda dengan Nazi menyebabka­n EU menegurnya supaya berhenti membuat kenyataan keterlalua­n.

Kelmarin, Turki mengenakan beberapa sekatan politik terhadap Belanda termasuk menghentik­an rundingan antara dua negara itu selain menutup ruang udaranya untuk diplomat Belanda.

Erdogan juga berang selepas Canselor Jerman Angela Merkel menyatakan sokongan untuk Belanda selain turut menyelar gelaran Nazi digunakan pemimpin Turki itu. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia