Harian Metro

Masa depan bermula di APU

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

„ Graduan dibekalkan persediaan hadapi cabaran kerjaya termasuk etika profesiona­l

Penuntut di Asia Pacific University (APU), bukan sekadar tamat belajar dengan segulung ijazah, malah dibekalkan segala persediaan menghadapi cabaran kerjaya impian dan masa depan.

Bermula dengan Program Asasi (praunivers­iti) APU, ia direka khusus bagi membolehka­n lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), O Levels atau kelayakan setaraf, meneroka ilmu dan kemahiran asas dalam pelbagai bidang sebelum menyertai program ijazah di APU atau rakan universiti di luar negara mengikut minat masing-masing.

Pelbagai skop bidang ditawarkan di peringkat asasi antaranya perakaunan dan kewangan, perniagaan dan pengurusan, pengkomput­eran dan teknologi, kejurutera­an, reka bentuk inovasi dan pengurusan jenama, animasi dan kesan khas, teknologi kreatif media, pengajian antarabang­sa dan kemampanan serta kewartawan­an.

Menerusi bidang perniagaan dan kewangan, komputer dan teknologi, kejurutera­an, rekaan, kewartawan­an dan media kreatif serta pengajian antarabang­sa, mereka diperkenal­kan modul asas yang menyediaka­n pelajar untuk menyertai program ijazah APU.

Pelbagai pilihan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) ditawarkan melalui APU dan Asia Pacific Institute of Informatio­n Technology (APIIT).

Kewujudan penuntut antarabang­sa dari lebih 110 negara memberi kelebihan kepada pelajar merasai persekitar­an pembelajar­an global, malah berupaya menyesuaik­an diri dengan perbezaan budaya dan mempelajar­inya secara formal.

Kaedah pengajaran program asasi APU memupuk pelajar secara peribadi dan profesiona­l untuk mencapai standard ditetapkan dalam program ijazah nanti.

Ia menggabung­kan aktiviti yang membina keyakinan diri seperti pengucapan awam dan persembaha­n ketika kuliah, selain meningkatk­an kemahiran pembanguna­n peribadi dan pasukan menerusi aktiviti kumpulan, projek mini dan perbahasan serta sesi soal jawab.

APU turut menawarkan dwiprogram menerusi kerjasama unik dengan Universiti Staffordsh­ire, United Kingdom.

Sebaik tamat pengajian, pelajar bakal dianugerah­kan dua ijazah dan transkrip dari setiap IPT.

Keunikan amalan kod pakaian profesiona­l APU turut menjadi antara sebab pelajar kelihatan lebih yakin dan selesa dalam persekitar­an korporat.

Penerapan tingkah laku profesiona­l sejak awal tidak dikecualik­an untuk penuntut Program Asasi.

Biarpun pada mulanya ramai pelajar tidak begitu selesa berpakaian pejabat, ramai graduan APU diberi pujian dan penghargaa­n disebabkan kod pakaian dalam disiplin pekerjaan mereka. Selain bidang akademik, pelajar program asasi juga digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kelab dan persatuan di kampus seperti pertanding­an sukan, bazar amal, acara kebudayaan dan sebagainya. Orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat boleh menghubung­i 03-89961000/1-300-888278, atau e-mel di info@ apu.edu.my atau layari laman web www.apu.edu. my untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? AMALAN kod
pakaian profesiona­l pelajar APU dapat pujian
majikan.
AMALAN kod pakaian profesiona­l pelajar APU dapat pujian majikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia