Harian Metro

Teroka hala tuju kerjaya

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

„ Program asasi sains, sastera IUKL perkasa penuntut sebelum buat pilihan di peringkat ijazah

Infrastruc­ture University Kuala Lumpur (IUKL), menawarkan dua program asas iaitu Asasi Sains dan Asasi Sastera.

Program asasi IUKL digubal untuk memberi peluang penuntut memilih pelbagai program di peringkat Ijazah

Sarjana Muda.

Pilihan itu penting untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan O-Level untuk membuat keputusan selepas tamatnya program asasi mereka.

Menerusi asasi sains, kejurutera­an atau bukan kejurutera­an boleh dijadikan pilihan.

Bagi mereka yang suka meneroka dunia kejurutera­an sama ada kejurutera­an awam, mekanikal, elektrik dan elektronik atau automatif, subjek fizik dan matematik harus dijadikan keutamaan.

Sukatan pelajaran untuk pilihan bukan kejurutera­an pula lebih tertumpu kepada subjek kimia dan biologi.

Program asasi ini bertujuan menyediaka­n pelajar sebelum mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang farmasi, sains kesihatan, sains makanan, bioteknolo­gi dan pertanian.

Program asasi sastera IUKL yang boleh dipilih ialah seni bina, perniagaan, teknologi maklumat (IT) serta pengajian bahasa.

Pilihan seni bina sesuai untuk mereka yang meminati reka bentuk seni bina dan inginkan kerjaya dalam bidang itu.

Subjek untuk pilihan ini menekankan kepada aspek lukisan seni bina, termasuk penggunaan AutoCAD, pengenalan kepada seni bina dan seni bina grafik serta lukisan dan lakaran.

Pelajar yang memilih pilihan perniagaan, IT dan pengajian bahasa akan dapat meningkatk­an kemahiran berfikir secara kritikal dan kemahiran berbahasa.

Pilihan ini memberi pendedahan kepada pelajar dalam pengetahua­n asas melalui program ijazah perniagaan/komunikasi/IT dan kemahiran yang boleh meningkatk­an keupayaan diri.

Sementara itu, IUKL akan mengadakan Hari Informasi pada 18 dan 19 Mac ini dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Bakal pelajar yang mendaftar pada hari itu akan menikmati rebat RM1000. Hubungi 1-80088-STUDY (78839) atau layari laman web www.IUKL.edu.my untuk maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia