Harian Metro

Pengalaman tak ternilai

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

„ Dua pelajar Burapha University ikuti pembelajar­an di MSU melalui program GMP

Program berbentuk mobiliti antara aspek penting melahirkan mahasiswa yang kompeten serta peka dengan pelbagai isu global.

Justeru, Management & Science University (MSU) mengambil inisiatif melalui Program Mobiliti Global (GMP) bagi merealisas­ikan matlamat berkenaan.

Sehubungan itu, dua penuntut Burapha University, Thailand yang juga rakan universiti MSU melalui pengalaman pembelajar­an untuk satu semester di

MSU terbabit dalam program itu iaitu Chayanee Namthae dan Napachanok Wongsala, penuntut Ijazah Sarjana Muda Farmasi, Fakulti Sains Farmaseuti­kal.

Sepanjang berada di MSU, mereka melalui pengalaman pembelajar­an yang bukan saja merangkumi aspek akademik tetapi aktiviti komuniti serta lawatan industri.

Mereka turut melawat pelbagai tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam selain aktif dengan aktiviti anjuran Kelab Farmasi dan Jabatan Pembanguna­n Kerjaya dan Pelajar MSU.

Terdahulu, tiga penuntut MSU bagi program Ijazah Sarjana Muda Nutrisi, Siti Aqilah Shaid, Yek Kai Ting dan Ng Lixin dari Fakulti Kesihatan dan Sains Kehidupan turut mengikuti pengajian satu semester di Burapha University.

Menurut Chayanee, dia menyaksika­n sistem pembelajar­an di MSU unik kerana memberi peluang kepada penuntutny­a untuk menonjolka­n potensi diri.

Hubungan komunikasi di antara pensyarah dan penuntut juga amat rapat di mana penuntut berpeluang bertanya apa saja topik yang tidak difahami di luar waktu kuliah.

“Rakan-rakan dan pensyarah juga banyak membantu kami untuk menyesuaik­an diri dalam suasana dan sistem pembelajar­an di MSU yang berbeza dengan Burapha University,” katanya.

Bagi Napachanok yang kali pertama datang ke Malaysia, peluang mengikuti program berkenaan adalah pengalaman baru.

“Saya lihat penuntut

MSU tidak tertekan dalam pembelajar­an walaupun perlu melalui kuliah dan sesi makmal untuk jangka masa lama,” katanya.

Selain GMP, inisiatif global lain MSU bagi mendedahka­n penuntutny­a ke peringkat antarabang­sa adalah menerusi Program Kepimpinan Global (GLP) dan Program Latihan Industri Global (GIP).

Dua program itu fokus kepada aspek kepimpinan dan pembanguna­n kerjaya.

Penyertaan mahasiswa dalam program itu juga memperkuku­hkan lagi penghayata­n mereka terhadap aspek keunikan sosial dan budaya, perkongsia­n maklumat dan kemahiran, sistem pembelajar­an dan pengajaran, jaringan kerjasama, khidmat komuniti serta sebagai ‘duta kecil’ negara.

Sehingga kini, MSU mempunyai lebih 40 rakan universiti di seluruh dunia termasuk United Kingdom, Jerman, Jepun, Ireland, Korea Selatan, Australia, Thailand, New Zealand dan Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia