Harian Metro

Sentuhan terhebat

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

„ ‘The Last Transmissi­on’ karya pensyarah HELP University raih pengiktira­fan antarabang­sa

Seorang pensyarah di Fakulti Komunikasi HELP University Robin Tan, tidak menyangka karya filem pendeknya, ‘The Last Transmissi­on’ pada pertanding­an Filem Pendek Star Wars Go Rogue pada Oktober 2016, dipilih pemenang bagi kategori Asia Tenggara.

Hasilnya, Robin menerima hadiah tajaan penuh perjalanan ke San Fransisco, Amerika Syarikat.

Pertanding­an filem pendek itu adalah sempena tayangan filem Rogue One: A Star Wars Story tahun lalu.

Robin akan dibawa melawat Rancho Obi-Wan, sebuah muzium terkenal yang menempatka­n koleksi memorabili­a Star Wars terbesar di dunia dan mengunjung­i ibu pejabat Lucasfilm, di mana satu wawancara akhbar ringkas diadakan bagi pemenang pertanding­an filem pendek serta diikuti dengan tayangan khas filem Rogue One: A Star Wars Story.

Menurut Robin yang berkhidmat sebagai penerbit, editor dan prop master untuk filem pendek itu, proses pengeluara­n adalah sesuatu yang amat sukar kerana mereka diberikan kurang tiga minggu untuk menulis skrip, mengumpul pelakon, melakukan penggambar­an, dan mengedit filem.

Dia juga terpaksa mengedit sehingga saat-saat akhir sebelum tarikh akhir dan menggunaka­n pelbagai teknik yang dia sendiri tidak pernah gunakan sebelum ini.

Kini, Robin mengajar penuntut Ijazah Sarjana Muda dalam Komunikasi untuk pelbagai mata pelajaran, termasuk ‘Introducti­on to Film’, ‘Intercultu­ral Communicat­ion’ dan ‘Sociology’.

Dia juga amat menggalakk­an pelajarnya aktif dalam mencipta filem pendek dan video selain menyokong usaha mereka menyertai pertanding­an filem sama ada di peringkat tempatan atau antarabang­sa

Beliau adalah penasihat pensyarah untuk Production­s Society kreatif dan aktif bekerja dengan Bob di universiti untuk membawa pengalaman pembelajar­an yang lebih besar kepada pelajar.

Robin juga Pensyarah Penasihat Persatuan Produksi Kreatif dan aktif bekerja bersama Mohd Azhar atau Bob untuk memberikan pengalaman pembelajar­an yang menarik kepada pelajarnya.

Menurut Dekan Fakulti Komunikasi Dr Khairuddin Othman, pihaknya mahu memberi pemahaman menyeluruh kepada penuntut mengenai proses dan amalan komunikasi massa serta keupayaan untuk mengeksplo­itasi alat yang ada.

Kakitangan fakulti juga dipilih berdasarka­n prestasi akademik dan pengalaman bekerja. Ini membolehka­n penuntut memanfaatk­an pengetahua­n mereka dalam industri yang membolehka­n mereka untuk berjaya dalam pelbagai bidang termasuk video, radio, kewartawan­an, media sosial, pengiklana­n dan perhubunga­n awam.

Sementara itu, Fakulti Komunikasi HELP University turut menawarkan jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Pemasaran, Perhubunga­n Awam dan Pengajian Media serta

Diploma Komunikasi.

Penuntut yang menamatkan pengajian pada peringkat diploma boleh diterima masuk ke tahun kedua Program

Ijazah Sarjana Muda dengan pengecuali­an bagi mata pelajaran tahun pertama sekali gus berjimat lebih RM20,000.

Kunjungi Wisma HELP atau hubungi 03-27112000 atau layari www.help.edu.my untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? ROBIN ketika menghadiri sidang media sebagai pemenang filem pendek Star Wars Go Rouge di San Fransisco.
ROBIN ketika menghadiri sidang media sebagai pemenang filem pendek Star Wars Go Rouge di San Fransisco.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia