Harian Metro

Ilmu penting didik si kecil

„ MSU College tawar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak sedia kaedah pengajaran interaktif

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam perkembang­an fizikal dan mental mereka.

Menerusi bimbingan intensif, pendidikan asas yang kukuh dan efektif, kanak-kanak diyakini mampu membesar dengan sempurna serta mempunyai potensi yang cukup cerah pada masa hadapan.

Peka terhadap kepentinga­n aspek ini mendorong MSU College menawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi melengkapk­an bakal pendidik dengan ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang diperlukan untuk membimbing kanak-kanak pada awal usia.

Program itu menyediaka­n pendidikan berkualiti berkaitan aspek perkembang­an awal kanak-kanak untuk melahirkan bakal pendidik yang mampu berinterak­si secara efektif dengan kanak–kanak menggunaka­n kaedah pengajaran dan pengurusan yang lebih interaktif serta menarik.

Penekanan khusus diberikan kepada teori pengajaran dan pembelajar­an, kemahiran pedagogi, kandungan kurikulum, pembanguna­n dan psikologi kanak-kanak, penilaian pembelajar­an kanak-kanak, pengurusan pusat prasekolah, aspek keselamata­n, pemakanan, pembanguna­n kerohanian dan moral mereka.

Lulusan diploma ini yang ingin melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda, berpeluang melakukan pindahan kredit ke tahun dua pengajian di Management & Science University (MSU) menerusi Sekolah Pendidikan dan Sains Sosial (SESS).

Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi ialah sebagai pendidik, tutor atau pengurus pusat penjagaan kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut berhubung program-program yang ditawarkan di MSU College, sila hubungi 03-5513 6688 atau layari www.msucollege.edu.my.

 ??  ?? MSU College menawarkan program pendidikan awal kanak-kanak.
MSU College menawarkan program pendidikan awal kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia