Harian Metro

Latih pakar bola sepak

- Datuk Dr PB Ashok Penulis adalah Ketua Eksekutif dan Pensyarah Perniagaan Bola Sepak Kolej Antarabang­sa Cyberlynx

„ Kolej Antarabang­sa Cyberlynx tawar diploma pengajian bola sepak

Sukan bola sepak berasal dari Britain pada pertengaha­n abad ke-19 dan mempunyai keupayaan untuk mempengaru­hi peminat dari seluruh dunia.

Peminat dan penyokong sukan ini terdiri daripada mereka yang mengikuti perkembang­an kelab terkaya di dunia seperti Manchester United dan Real Madrid yang mempunyai ramai pemain berstatus jutawan.

Bola sepak ialah permainan universal yang dimainkan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama atau jantina.

Pada zaman serba moden dan canggih hari ini, peminat dan penonton sukan berprestij itu mempunyai pelbagai saluran komunikasi dan multimedia untuk mendapatka­n maklumat serta mengikuti perkembang­an terkini dunia bola sepak.

Sejak beberapa dekad kebelakang­an ini, bola sepak berkembang dan semakin digemari di Amerika Syarikat dan Australia.

Minat terhadap permainan ini disebabkan wujudnya ramai pemain hebat seperti Pele, David Beckham, Ronaldo dan juga disebabkan terdapat organisasi antarabang­sa seperti FIFA yang mendorong perkembang­an sukan berkenaan.

Oleh itu, pemilihan pemain harus dilakukan secara teliti dan dengan adanya beberapa inisiatif seperti pelan pemakanan, peralatan saintifik, latihan strategik dan kejurulati­han yang mantap untuk melahirkan pemain cemerlang.

Di Malaysia, kita mempunyai selebriti tersendiri seperti datuk Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Aun, V Arumugam dan Dollah Salleh.

Bola sepak juga sukan popular di negara kita dan pendapatan dalam sektor ini adalah lumayan, malah ramai pemain tempatan memperoleh pendapatan tinggi.

Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam peningkata­n taraf tahap permainan bola sepak di Malaysia.

Sejak kebelakang­an ini lebih banyak kelab tempatan mula wujud dan jelas membuktika­n masyarakat kita semakin memberi perhatian serius terhadap perkembang­an permainan ini.

Justeru, kita memerlukan ramai pengurus dan jurulatih yang efektif untuk menyokong industri ini.

Sementara itu, Kolej Antarabang­sa Cyberlynx menawarkan diploma dalam Pengajian Bola Sepak dan program lain seperti Diploma Pengurusan Sukan, Diploma Pengurusan Kelab Sukan, Diploma Pentadbira­n Perniagaan dan Diploma Fesyen.

Kunjungi kolej di

Level 20, Unit 20-1, Oval Damansara, 685, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur atau hubungi 03-77334545, talian bebas tol 1800-88-0242 atau e-mel ke info@cyberlynx.edu.my dan layari laman web www.cyberlynx.edu.my untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? KOLEJ Antarabang­sa Cyberlynx melahirkan graduan dalam bidang sukan.
KOLEJ Antarabang­sa Cyberlynx melahirkan graduan dalam bidang sukan.
 ??  ?? PELAJAR Antarabang­sa Cyberlynx didedahkan dengan teknik pembelajar­an terkini.
PELAJAR Antarabang­sa Cyberlynx didedahkan dengan teknik pembelajar­an terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia