Harian Metro

Gedung ilmu 33 tahun

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

„ City University berpengala­man dalam pelbagai bidang pengajian turut tawar biasiswa RM20 juta

Berpengala­man lebih 33 tahun dalam melahirkan graduan berdaya saing berupaya menobatkan City University sebagai satu daripada peneraju sektor pendidikan tinggi swasta negara.

Dengan persekitar­an kampus yang mesra pelajar dan mudah akses di Petaling Jaya, ia pilihan tepat untuk mencorak masa depan kerjaya yang gemilang.

Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), City University menawarkan pelbagai program Asasi dan Cambridge A-Level melalui Program Persediaan Pra Universiti, City University dengan tawaran biasiswa sepenuhnya (tertakluk kepada terma dan syarat).

Program asasi itu mengambil masa pengajian 12 bulan, manakala Cambridge A-Level pula 18 bulan.

Bagi program Cambridge A-Level di City University, kursus yang ditawarkan merangkumi sastera dan sains. Aliran sastera Cambridge A-Level menjadi platform kepada pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah Sarjana Muda dalam Sastera, Kemanusiaa­n dan Sains Sosial.

A-Level aliran sains pula sesuai bagi pelajar yang berhasrat menyambung pengajian dalam pelbagai bidang khususnya perubatan, farmasi, pergigian, kejurutera­an, seni bina, sains biologi dan banyak lagi.

Program Asasi City University merupakan satu program intensif selama setahun yang disediakan bagi mempersiap­kan pelajar kepada pengajian ijazah pertama mengikut pilihan mereka.

Reka bentuk silibus yang menyeluruh bukan sahaja menumpukan kepada kemahiran dan pengalaman diperlukan untuk berjaya di universiti, namun ia juga fokus bagi menggilap kemahiran insaniah agar mencapai kecemerlan­gan melangkaui batasan persekitar­an akademik.

Kejayaan menamatkan program selama setahun membantu pelajar meneruskan pengajian menerusi pelbagai pilihan program ijazah Sarjana Muda di City University.

Program Asasi di City University juga menawarkan pelbagai aliran yang boleh dipilih seperti Asasi Sains, Asasi Teknologi Maklumat, Asasi Perniagaan dan Asasi Sastera yang merangkumi Komunikasi, Reka bentuk Grafik dan Multimedia, Bahasa Inggeris serta Alam Binaan.

Program yang ditawarkan City University adalah komprehens­if dan diiktiraf oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) serta Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pada masa sama, City University turut menawarkan kemudahan biasiswa pendidikan kepada pelajar yang layak.

Biasiswa bernilai lebih

RM20 juta yang ditawarkan City University akan dianugerah­kan kepada pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk kecemerlan­gan dalam akademik, kepemimpin­an dan sukan yang diceburi.

Tawaran berkenaan terbuka kepada semua termasuk kepada pelajar yang tidak memiliki ‘A’ penuh dalam semua subjek.

Untuk keterangan lanjut mengenai program Pra University di City University dan kursus lain ditawarkan, sila hubungi 03-79491616, layari www.city.edu.my atau terus berkunjung ke kampus City University di Petaling Jaya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia