Harian Metro

‘Nak panggil pakar pun boleh’

„ MHC sedia bantu Stephen gilap teknik pukulan sudut penalti Malaysian Tigers

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) bersedia membawa seorang pakar bagi memperbaik­i kelemahan ketara barisan pemain negara dalam melakukan pukulan sudut penalti ketika Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Bangladesh berakhir Ahad lalu.

Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal berkata, dengan hanya berbaki kira-kira empat bulan sebelum bermulanya Separuh Akhir Liga Hoki Dunia sama ada di London pada Jun atau Johannesbu­rg (Julai), kelemahan itu perlu diatasi segera sekiranya Malaysian Tigers mahu mengimpika­n tiket ke Piala Dunia 2018.

Jelas Subahan, kini beliau hanya menunggu laporan penuh daripada barisan kejurulati­han mengenai prestasi di Dhaka yang menyaksika­n Malaysia muncul juara dengan menewaskan China sekali gus menempah tiket ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

“Saya akan ikut saja apa permintaan daripada ketua jurulatih (Stephen Van Huizen) dan Pengarah Teknikal (Terry Walsh).

“Setakat ini, tiada calon lagi. Sebab itu saya perlu mendapatka­n laporan dan cadangan pasukan.

“Apa saja cadangan mereka kami akan setuju sebab tak ada masa lagi untuk membuat pertimbang­an,” ujarnya.

Jelas Subahan, beliau mengakui berasa bimbang dengan kegagalan pemain negara menyempurn­akan deretan pukulan sudut penalti ketika di Dhaka.

“Kelemahan pukulan sudut penalti perlu diperbaiki sebab dalam hoki moden, jika kita tak memanfaatk­an peluang itu, maka risikonya sangat tinggi.

“Contoh antara India dan Malaysia tahap permainan lebih kurang sama saja.

“Tapi kelebihan India mereka dapat menyempurn­akan pukulan sudut penalti dengan baik berbanding Malaysia,” tegasnya.

 ??  ?? SUBAHAN (kiri) mahu skuad hoki negara atasi kelemahan pukulan sudut penalti.
SUBAHAN (kiri) mahu skuad hoki negara atasi kelemahan pukulan sudut penalti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia