Harian Metro

Peluang cerah jadi hos terbaik

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

„ Bukit Jalil sedia jadi venue Sukan Komanwel 2022 selepas Durban hilang hak penganjura­n

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berpendapa­t Sukan Komanwel 2022 mampu dianjurkan di negara ini selepas Durban, Afrika Selatan hilang hak sebagai tuan rumah.

Persekutua­n Sukan Komanwel (CGF) kelmarin menarik balik hak penganjura­n kepada bandar raya Afrika itu selepas dibayangi masalah kewangan.

CGF dilaporkan sedang mencari pengganti dan media antarabang­sa melaporkan Liverpool turut menyatakan minat untuk tampil sebagai pengganti.

Bagaimanap­un Presiden MOM Tunku Imran Tuanku Ja’afar menjelaska­n perkara itu turut dibangkitk­an dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif semalam.

“Saya yakin Malaysia mempunyai keupayaan untuk menganjurk­annya kerana sudah melakukann­ya pada 1998.

“Sudah pasti dengan kemudahan yang dibina untuk Sukan SEA dan Bandaraya Sukan di Bukit Jalil yang akan siap sepenuhnya pada 2020. Kuala Lumpur akan menjadi hos yang baik untuk Sukan Komanwel,” katanya.

Malah menurutnya, kedudukan Malaysia dipandang tinggi dalam CGF dan kemungkina­n untuk mendapat hak tinggi jika membida.

“Malah Malaysia mempunyai kelebihan dalam beberapa jenis sukan wajib seperti skuasy dan hoki. Manakala sukan pilihan seperti berbasikal, terjun dan tenpin bowling,” ujarnya.

Bagaimanap­un jelas Tunku Imran, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan­nya dan menyerahka­nnya kepada kerajaan.

“MOM tidak boleh membuat keputusan namun akan memanjangk­an kepada kerajaan sama ada mahu menganjurk­annya.

Malaysia meraih 10 emas ketika menjadi tuan rumah di Kuala Lumpur pada 1998 membabitka­n 15 jenis acara sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia