Harian Metro

Johor FM sasar kelompok 10 pasukan terbaik

-

Johor Bahru: Kumpulan Johor FM, Jabatan Penyiaran Malaysia Kawasan Selatan menetapkan misi tersenarai dalam kelompok 10 pasukan terbaik sempena Kejohanan Bowling Best! Harian Metro di Sahara Bawl, Angsana Johor Bahru Mall dari 23 hingga 25 Mac ini.

Ketua pasukan yang juga juruhebah Johor FM, M Madhavan berkata, komitmen itu diberikan dengan mengambil kira latihan yang disertai pasukannya, selain pernah menjuarai pertanding­an bowling bersama media anjuran Johor Land Berhad (JLand), baru-baru ini.

“Penyertaan kami kali ini bukan untuk menimba pengalaman, sebaliknya mahu bertanding dengan peserta lain di negeri ini, apatah lagi sudah melahirkan ramai jaguh serta pemain berkaliber hingga tersenarai di peringkat kebangsaan.

“Justeru, kami harap dapat memberikan saingan sengit kepada peserta lain dan pada masa sama mahu berada di kedudukan 10 terbaik yang mara ke final,” katanya ketika menyerahka­n borang penyertaan di pejabat Harian Metro di Bandar Baru Uda di sini, semalam.

Dua rakan sepasukan yang akan bersaing bagi kejohanan itu jurutera penyiaran, Azmi dan S Rosli.

Dikenali ramai dengan gelaran Dave, beliau mengakui kesungguha­n rakan sepasukan menjalani latihan setiap Selasa memberi peluang kepada pasukannya untuk berada di kedudukan terbaik.

“Kebetulan RTM akan mengadakan Sukan RTM Se-Malaysia pada hujung tahun ini, maka kami sudah mempersiap­kan diri untuk mewakili pasukan dari Selatan membabitka­n Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Pada masa sama, peluang yang tersaji di depan mata ini digunakan untuk menguji tahap kesediaan kami dalam perlawanan itu kelak,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penganjura­n kejohanan seperti itu katanya, aktiviti seperti itu wajar dicontohi kerana memberi peluang kepada orang ramai terutama penduduk di negeri ini mengasah bakat dalam kejohanan kompetitif.

“Pada saya, ia satu peluang untuk mereka yang mempunyai bakat di negeri ini untuk menjadikan platform pertanding­an seperti itu bagi mengasah bakat.

“Justeru langkah Harian Metro menganjurk­an kejohanan ini amat baik dan terpuji dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat baru dalam sukan bowling yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat ketika ini,” katanya.

 ??  ?? DAVE (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan gigih menjalani latihan
setiap Selasa untuk mencabar pasukan lain.
DAVE (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan gigih menjalani latihan setiap Selasa untuk mencabar pasukan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia