Harian Metro

BERANG TAKTIK KERAS UNITED

- AFP

London

Antonio Conte mengutuk percubaan sinis Manchester United untuk menggertak Chelsea dengan kemenangan pada suku akhir Piala FA Inggeris namun Jose Mourinho membalas musuhnya dengan menegaskan beliau masih kekal sebagai pengurus terbaik Blues.

Jurulatih Chelsea Conte berang dengan pendekatan agresif United apabila Ander Herrera dibuang padang selepas dua kali mengasari Eden Hazard dengan kemenangan 1-0 di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Marcos Rojo terlepas kad merah kerana memijak Hazard pada babak kedua di Stamford Bridge, namun pertahanan United itu sudah pasti akan digantung jika Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris mengkaji semula kesalahan itu.

Conte begitu berang dengan kekasaran berterusan hinggakan beliau terbabit dalam pertelagah­an dengan pengurus United Mourinho sebelum dileraikan pegawai perlawanan.

Ditanya mengenai taktik United, Conte berkata: “Pemain saya mahu bermain bola tapi dalam tempoh 25 minit ia sesuatu yang mustahil.

“Saya fikir hanya Eden ditendang banyak kali dan saya tidak fikir saya sudah gila.

“Dia ditendang sejak awal hingga akhir permainan. Ini perkara betul dan saya tidak fikir seorang pun akan berkata ia tidak akan berlaku. Bagi saya ia bukan bola sepak.

“Ia mungkin taktik United. Ada kalanya apabila anda bermain dengan pemain berbakat, anda cuba menakut-nakutkan mereka.

“Pengadil perlu cuba melindungi pemain seperti ini kerana mereka mungkin akan mengalami kecederaan teruk.”

Ia satu kepulangan ke barat London yang menginsafk­an buat bekas jurulatih Chelsea Mourinho yang terpaksa menerima penghinaan peminat kelab lamanya yang memanggiln­ya sebagai ‘pengkhiana­t’ dan bersorak ‘anda tidak istimewa lagi’.

Mourinho membalas ejekan itu dengan menunjukka­n tiga jari kepada penyokong untuk mengingatk­an mereka berapa banyak gelaran Liga Perdana Inggeris dimenangi beliau sepanjang dua penggal bersama Chelsea.

Mourinho yang dipecat Blues musim lalu memanfaatk­an peluang untuk mengingatk­an Conte dan penyokong Chelsea bahawa perjalanan mereka masih jauh untuk menyamai pencapaian­nya di Chelsea.

“Mereka boleh panggil saya apa yang mereka suka. Saya seorang profesiona­l,” katanya.

“Saya rasa bertanggun­gjawab atas musim buruk Chelsea di Liga Perdana Inggeris musim lalu tapi sewaktu saya tinggalkan mereka, kami berada di Liga Juara-Juara dan menjuarai peringkat kumpulan.

“Sekarang mereka tidak bermain di Eropah, ia bukan salah saya.

“Hingga detik mereka mempunyai pengurus yang menang empat Liga Perdana Inggeris, saya masih tetap nombor satu.

“Jika seorang pengurus menang empat gelaran barulah saya menjadi nombor dua, hingga itu pengkhiana­t

„ Conte tak puas hati dengan permainan kasar dipamerkan Red Devils

ini masih nombor satu.”

Conte memuji Hazard kerana enggan mengalah dengan asakan United apabila gol kemenangan N’Golo Kante pada minit ke-51 membantu pendahulu Liga Perdana Inggeris itu layak ke separuh akhir menentang pencabar dari

London, Tottenham di

Wembley bulan depan.

“Sudah pasti dia menunjukka­n karakter yang kuat. Selepas 25 minit, setiap pemain pastinya takut ditendang. Sesuatu yang berbahaya untuk menerima tendangan dari belakang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia