Harian Metro

Pochettino mampu jadi penghalang impian Blues

-

London: Harapan Antonio Conte untuk meraih dua gelaran domestik pada musim sulungnya sebagai pengurus Chelsea berdepan halangan mencabar apabila bertemu Tottenham Hotspur pada separuh akhir Piala FA

selepas undian semalam.

Conte yang berjaya mengubah nasib Chelsea daripada pasukan di pertengaha­n liga musim lalu kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris musim ini pastinya gembira dengan rekod Spurs di Wembley yang mengecewak­an.

Skuad Mauricio Pochettino hanya menang sekali daripada empat perlawanan Eropah di laman sendiri di gelanggang skuad kebangsaan England itu musim ini biarpun anak buah pengurus Argentina itu berjaya menamatkan siri 13 kemenangan Chelsea awal musim ini dengan keputusan 2-0 di White Hart Lane.

Kali terakhir Spurs mara ke peringkat ini pada 2012, mereka juga berdepan Chelsea dan dibelasah 1-5.

“Untuk mara ke separuh akhir dan beraksi di Wembley kepuasan bagi kami,” kata Conte selepas menang 1-0 ke atas Manchester United pada suku akhir.

“Satu pasukan kuat menentang satu lagi pasukan kuat.

“Kami bermula dengan satu kemenangan ke atas mereka dan satu bagi kami (dalam Liga Perdana musim ini). Sudah pasti ia akan menjadi perlawanan yang mengujakan bagi peminat kami dan perlawanan menarik buat kami.

“Mereka membuktika­n mampu menewaskan kami, tapi kami juga membuktika­n kami berjaya menewaskan mereka.

“Sekarang kita lihat saja keputusan pada separuh akhir.”

Satu lagi pertemuan separuh akhir membabitka­n skuad Arsene Wenger, Arsenal menentang Manchester City, yang dikendalik­an Pep Guardiola.

Pengurus Gunners itu berharap piala itu akan menyelamat­kan musim mengecewak­an musim ini, ulangan pertemuan kedua-dua pasukan itu di Wembley pasti sesuai buatnya selepas Arsenal menang 3-0 pada Perisai Komuniti.

City menentang Gunners tiga kali sebelum ini dalam pertanding­an itu dengan pertemuan terakhir mereka 46 tahun lalu apabila skuad London itu menang 2-1 di Maine Road pada pusingan kelima hasil jaringan berganda Charlie George. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia