Harian Metro

Tagih bisa Falcao

-

AS Monaco terhutang budi atas kejayaan mereka kebelakang­an ini kepada pemain muda mereka tetapi apabila mereka menentang Manchester City dengan hasrat menebus defisit dua gol dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi esok, mereka terpaksa bergantung kepada pemain berpengala­man Radamel Falcao.

Penyerang Colombia, yang berdepan dua musim penuh kecederaan dalam Liga Perdana Inggeris, menghampir­i aksi terbaiknya sejak kembali musim ini selepas dipinjamka­n selama setahun di Chelsea.

“Musim ini, saya bermain secara konsisten. Kelab mempunyai keyakinan penuh terhadap saya, kakitangan dan rakan sepasukan membuat saya berasa penting,” kata Falcao, yang menjaringk­an dua gol tetapi terlepas penalti penting ketika Monaco tewas 3-5 pada perlawanan pertama di Manchester.

“Dengan keyakinan, segala-galanya mudah. Saya tidak fikir pemain lupa bagaimana hendak bermain bola sepak. Saya hanya perlu peluang bermain dan terus bermain. Anda tidak akan lupa bagaimana untuk menjaringk­an gol,” ujar Falcao.

Monaco, yang bersiap sedia untuk perlawanan itu dengan kemenangan 2-1 ke atas Bordeaux Sabtu lalu, perlu lebih fokus jika mahu mara ke peringkat seterusnya.

“Kami berada di tahap genting musim ini. Dalam Liga Juara-Juara, satu kesilapan dalam perlawanan akan membawa padah,” kata Falcao, yang menjaringk­an 16 gol dalam Ligue 1 musim ini dan enam dalam Liga Juara-Juara.

“Kami perlu tingkatkan tahap tumpuan untuk menampung kekurangan pengalaman kami dalam pertanding­an ini.”

Falcao, yang baru saja pulih daripada kecederaan pinggul dijangka diturunkan dalam formasi

4-4-2 berganding­an dengan pemain remaja berbakat Kylian Mbappe dan Bernardo

Silva, seorang lagi bintang muda dalam skuad itu yang dijangka memberi mereka peluang menjaringk­an gol.

Satu-satunya kebimbanga­n

Monaco adalah ketiadaan pertahanan tengah Kamil Glick, yang digantikan

„ Pemain berpengala­man Monaco sedia gempur Citizens

oleh Jemerson.

City, yang sudah memanaskan badan dengan kemenangan Piala FA ke atas Middlesbro­ugh 2-0 berjanji mengambil pendekatan menyerang di Stade Louis II.

“Kami tidak akan berubah,” kata pertahanan kanan Pablo Zabaleta.

“Inilah cara permainan kami hingga sekarang dan saya fikir satu kesilapan besar jika kami ke Monaco untuk bertahan.”

 ??  ?? FALCAO masih berbisa.
FALCAO masih berbisa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia