Harian Metro

Farizal membara

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

„ Penantian 8 tahun berakhir apabila Kim Swee tagih tenaganya

Lapan tahun menanti membuatkan penjaga gol FELDA United, Farizal Harun berasa amat teruja apabila disenaraik­an Datuk Ong Kim Swee sebagai pelatih skuad bola sepak kebangsaan bagi menghadapi perlawanan persahabat­an menentang Filipina, 22 Mac ini.

Farizal, 31, mengakui panggilan untuk menjaga gawang Harimau Malaysia memang sesuatu yang sangat diharapkan walaupun satu ketika dia hampir berputus asa.

Farizal yang akan melapor diri sebaik saja pulang daripada tugasan bersama FELDA pada perlawanan Piala AFC menentang kelab Filipina,

(gambar)

Ceres Negros ternyata tidak sabar untuk memulakan latihan bersama skuad kebangsaan.

“Ini panggilan pertama saya untuk menyertai skuad utama negara. Saya akui amat teruja dan tidak sabar kerana sudah lama menunggu saat ini.

“Saya sangat bersyukur kerana akhirnya impian untuk menyertai skuad senior tercapai selepas lapan tahun menunggu.

“Sebelum ini saya pernah mewakili skuad remaja seperti skuad B-20 untuk Piala Belia AFC serta B-23.

“Selepas itu saya amat berharap diserapkan ke dalam skuad utama. Saban tahun saya menunggu dan menunggu, terutama musim lalu kerana jangka akan mendapat peluang selepas mempamerka­n prestasi cemerlang sepanjang musim.

“Tapi ternyata hampa hingga saya berputus asa dan tidak menaruh harapan lagi. Apatah lagi umur saya pun sudah menjangkau 31 tahun, saya fikir sudah tidak diperlukan lagi,” ujarnya.

Farizal berkata, walaupun agak terkejut dengan panggilan menyertai skuad kebangsaan, namun dia sudah bersedia untuk menyahut cabaran itu.

Malah dia akan menggunaka­n kesempatan yang diberi untuk mendapatka­n tempat dalam barisan utama sekali pun menyedari saingan sengit daripada penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid dan penjaga gol muda Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

“Saya tahu saingan amat sengit kerana Khairul Azhan dan Hafizul juga cemerlang sepanjang musim ini. Tapi saya akan menggunaka­n segala pengalaman untuk merebut tempat sebagai penjaga gol utama.

“Pada usia saya sekarang, peluang sebegini tidak akan datang selalu, jadi saya perlu me-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia