Harian Metro

Usah pulang hampa

-

Kuala Lumpur: Situasi tidak menentu wakil negara, FELDA United dalam saingan Piala AFC sekali lagi akan diuji apabila turun berdepan kelab Filipina, Ceres Negros dalam Kumpulan G di Stadium Panaad, Bacolod City, malam ini.

Ketua pasukan FELDA, Shukor Adan mengakui kegagalan mengutip sebarang mata di halaman lawan pasti memberi kesan buruk kepada kempen mereka musim ini selepas sekadar mengumpul satu mata daripada dua aksi setakat ini.

“Kami akan berusaha mencipta kejutan dengan memenangi perlawanan ini, jadi saya harap rakan sepasukan dapat memberikan yang terbaik supaya kami tidak pulang dengan tangan kosong.

“Kami sudah bersedia sepenuhnya dan dengan perancanga­n dan taktikal daripada jurulatih, kami perlu menterjema­hkannya di tengah padang.

“Apapun keputusan seri sudah cukup memadai bagi kami kerana lawan (Ceres Negros) yang akan ditemui

malam esok (malam ini) bukan calang-calang pasukan. Malah tuan rumah juga turut mahukan kemenangan,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di Bacolod City, semalam.

Skuad The Fighters kini menghuni tangga tercorot kumpulan selepas tewas kepada Tampines Rovers 1-2 pada aksi pembukaan di Jalan Besar sebelum diikat 1-1 Hanoi FC di Stadium Shah Alam, minggu lalu.

Nada serupa turut dikongsi pengendali pasukan, B Sathianath­an yang menegaskan anak buahnya kini berada dalam detik sukar apabila mengakui hanya dengan tiga mata dapat membuka kembali peluang pasukannya melepasi peringkat kumpulan.

“FELDA United pasukan yang bagus kerana mereka naib juara Liga Super musim lalu namun pasukan ini gagal mengekalka­n pemain terbaik mereka dan hanya mengekalka­n satu pemain import saja musim ini.

“Kami memerlukan masa untuk mencipta keserasian antara pemain import baru dan juga pemain tempatan tapi itu tidak boleh dijadikan alasan. Kami akan bertahan apabila kehilangan bola dan terus menyerang apabila mendapat bola,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia