Harian Metro

Makin cerewet pilih karya

Selain nyanyian Ziana juga rindukan bidang lakonan

- DARI MUKA 1 -Syafil Syazwan Jefri

Mengulas lanjut album itu, Ziana berkata ada kelainan bakal ditampilka­n namun balada masih menjadi tunjang utama.

“Sebagai penyanyi saya kena berani tampil dengan pembaharua­n. Kita kena tengok juga pasaran muzik semasa.

“Apa yang pasti album kali ini ada lapan lagu dan berbeza dengan apa yang pernah saya perkenalka­n dahulu,” katanya.

Ditanya pendapatny­a mengenai kegilaan pendengar terhadap lagu yang disuntik muzik ala 90-an, Ziana berkata ia kitaran normal dalam arena seni.

“Trend muzik kita kembali ke zaman 90-an. Bagi saya tak salah kerana muzik memang begitu kitarannya.

“Namun, kalau mahu ikut trend kita kena pastikan karya yang dihasilkan ada kaitan dengan muzik hari ini.

“Sebab itulah untuk album baru, saya akan bekerja dengan komposer baru dan tidak dilupakan juga komposer lama,” kata Ziana.

Selepas lebih hampir tiga dekad dalam industri, Ziana mengakui semakin cerewet dalam memilih karya untuk dijadikan single atau dimuatkan dalam album.

“Awal kemunculan dulu saya terima apa sahaja lagu yang diberikan. Ketika itu saya tidak kenal ramai komposer tetapi syukur kebanyakan lagu saya mendapat sambutan hangat.

“Sekarang, saya ada lebih banyak masa untuk memilih lagu sesuai. Sudah tentu saya mahu sajikan yang terbaik buat peminat,” katanya.

Selain muzik, Ziana juga mengakui merindui bidang lakonan.

Menurutnya, sebelum ini Datuk Yusof Haslam pernah menawarkan­nya berlakon drama tetapi terpaksa menolak kerana ia menuntut komitmen tinggi.

“Kalau ada tawaran untuk telefilem, saya akan terima. Filem pun okey, tetapi saya sedikit cerewet mengenai watak yang ditawarkan.

“Kalau boleh saya teringin melakonkan watak seperti yang pernah dijayakan dalam Magika beberapa tahun lalu,” katanya.

Terbaru, Ziana menjayakan program bual bicara Knock Knock Siapa Ittew? yang disiarkan di laman Instagram milik Faizdickie.

“Saya teruja dapat muncul dalam Knock Knock Siapa Ittew? Saya pengikut Instagram Faizdickie dan kalu tertekan dengan kesibukan kerja, boleh hilang apabila menonton video lucunya,” kata Ziana.

 ?? FOTO NIK HARIFF HASSAN ??
FOTO NIK HARIFF HASSAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia