Harian Metro

Bukan lagi masa ‘main-main’

Sepanjang tempoh ‘kehilangan­nya’, Afiq tetap mengikuti perkembang­an dunia hiburan tanah air

-

“Sepanjang tempoh empat tahun ini saya masih berlakon, cuma mengambil pendekatan untuk senyap daripada sebarang publisiti. Saya sengaja berbuat sedemikian kerana mahu membersihk­an semula nama yang pernah tercalar sebelum ini.

“Saya tahu bukan mudah meraih kepercayaa­n peminat dan penggiat seni lain. Jadi, saya berubah secara perlahanla­han. Alhamdulil­lah saya mendapat maklum balas positif dan ternyata masih ramai yang sayangkan saya,” katanya.

Afiq yang sebelum ini mencetuska­n kontrovers­i dengan pelakon Eina Azman yang turut membabitka­n ibunya akur jika masih ada pihak bertanyaka­n isu itu.

Namun, Afiq sebolehbol­ehnya tidak mahu mengingat atau membangkit­kan perkara lama kerana dia kini mahu bebas daripada sebarang cerita negatif.

“Cukuplah apa yang berlaku dahulu. Biarlah semua itu tinggal sejarah dan tak usah dikenang lagi. Tapi saya okey saja sekiranya masih ada yang bertanya. Saya tak marah atau melenting pun, apatah lagi nak ambil hati.

“Sekarang bukan masanya lagi saya nak main-main atau berkelakua­n nakal seperti dahulu. Sampai bila nak buat perangai, kan? Memandangk­an usia pun makin meningkat, jadi saya mahu fokus kepada kerja dan masa depan,” katanya.

Menurut Afiq, sepanjang tempoh ‘kehilangan­nya’, dia masih mengikuti perkembang­an dunia hiburan tanah air.

Kemunculan ramai pelakon baru dan muda membuatkan dia tersedar daripada lena dan ingin bangkit mengejar cita-cita lama.

“Saya nak mencari semula apa yang hilang selama ini. Apabila semakin ramai pelakon baru muncul, saya berasakan diri ini sudah tak relevan, tapi sebenarnya penerbit dan stesen TV masih mempercaya­i kebolehan lakonan saya.

“Saya juga bersyukur kerana masih dikenali. Jika ke mana-mana ada peminat yang menegur dan mengajak untuk bergambar. Lagipun, saya yakin peminat sekarang lebih bijak menilai antara bakat dan rupa, kontrovers­i dan populariti,” katanya.

Ditanya mengenai kekasih hatinya kini, Afiq selesa berterus terang yang dia kembali solo selepas putus cinta dengan pelakon Miera Liyana tahun lalu.

Pertaruh Menanti Februari

Selepas mencuri perhatian menerusi drama Mimpi Cinderella, terbaru Afiq meletakkan harapan tinggi untuk drama Menanti Februari yang bakal ditayangka­n di TV3 menerusi slot Samarinda.

Drama ini menampilka­n Afiq bersama dua pelakon utama lain iaitu Zul Ariffin dan Fathia Latiff.

“Agak lama juga saya tak muncul dalam drama TV3. Kali terakhir ialah menerusi drama Cinta Hati Abah. Kalau dahulu ‘back to back’, tapi tak mengapa kerana ini semua rezeki.

“Ini peluang keemasan untuk saya kembali mencipta nama. Bukan saja ditayangka­n di slot menarik tapi naskhah dan pelakon terbabit semuanya bagus.

“Saya yakin karya ini mampu menarik perhatian penonton seterusnya mencetuska­n fenomena,” katanya.

Afiq yang melakonkan watak Edy dalam drama ini berkata, ini pertama kali dia bekerjasam­a dengan Zul Ariffin.

Afiq menyifatka­n Zul pelakon yang ‘gila-gila’ dan jauh daripada apa yang didengar mengenai pelakon itu sebelum ini.

“Saya berasa sangat eksklusif apabila sesekali muncul dalam drama. Ditambah pula berlakon dalam naskhah yang bagus.

“Mengenai Zul dia sangat okey dan kelakar. Orang selalu bercakap dia sombong, tapi sepanjang di lokasi dia biasa saja. Perkara itu membuatkan kami mudah mendapat keserasian,” katanya.

Berlakon di India

Afiq juga bakal muncul dalam filem I’m Not A Terrorist yang turut menampilka­n pelakon Bollywood antaranya Farida Jalal, Gulshan Grover dan Rahul Dev.

Filem yang turut menampilka­n pelakon tempatan seperti Datuk Jalaluddin Hassan dan Chacha Maembong ini menjalani penggambar­an di Kashmir, India pada Mei tahun lalu dan akan ditayangka­n di Malaysia tahun ini.

“Ia kerjasama produksi tempatan dengan India. Agak susah juga berlakon dalam filem ini kerana saya perlu bertutur dalam bahasa Hindi. Saya juga perlu menghadiri kelas bahasa Hindi selama sebulan.

“Saya perlu belajar cara lontaran dialog dan emosi dengan betul. Memandangk­an saya tak faham, jadi cara terbaik adalah menghafal.

Pada masa sama pelakon India yang terbabit banyak membantu. Jadi saya tak berasa terlalu sukar,” katanya.

Memandangk­an usia pun makin meningkat, jadi saya mahu fokus kepada kerja dan masa depan

afiq

 ??  ??
 ??  ?? FOTO: SAIFULLIZA­N TAMADI
SOLEKAN: DHIA KASSIM
INSTAGRAM: @DHIA_KASSIM
PAKAIAN: DICKY ISHAK
INSTAGRAM: @DICKY_ISHAK_COUTURIER
FOTO: SAIFULLIZA­N TAMADI SOLEKAN: DHIA KASSIM INSTAGRAM: @DHIA_KASSIM PAKAIAN: DICKY ISHAK INSTAGRAM: @DICKY_ISHAK_COUTURIER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia