Harian Metro

Kanak-kanak pun suka

-

Zul Ariffin sumbang Ducati Hypermotar­d kepada penonton bertuah filem J Revolusi

mengikuti siri jelajah filem ini di seluruh negara dan Singapura, dia teruja melihat kanak-kanak yang turut sama ingin merasai suasana menonton.

“Rata-rata memberikan respons baik dan sukakan setiap aksi yang dipamerkan barisan pelakon ,” katanya .

HADIAH LUMAYAN

Penonton filem ini turut berpeluang memenangi sebuah kereta Mazda2 SKYACTIV Hatchback dalam Peraduan Tonton & Menang J Revolusi menerusi laman web www.jrevolusi.my.

Lebih mengujakan, pelakon utamanya, Zul Ariffin turut berbesar hati menyumbang­kan motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Hypermotar­d miliknya kepada penonton bertuah.

Gayatri berkata, hadiah kereta berkenaan adalah model sama digunakan Azad Jasmin yang membawa watak Skodeng dalam filem ini.

“Motosikal itu pula dibeli Zul ketika menjalani penggambar­an filem ini. Ia sebagai tanda terima kasih kepada penonton yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

“Sebagai syarat penyertaan, penonton perlu menonton filem ini dan jawab tiga soalan mudah disediakan. Selain itu, kami juga menyediaka­n peraduan sampingan lain.

“Antara hadiah ditawarkan adalah pakaian digayakan Zul seperti sepasang sut, gaun labuh berwarna biru digayakan Izara dan tuksedo yang dipakai Fazura,” katanya.

Tarikh tutup penyertaan adalah esok dan pemenang akan diumumkan dalam satu majlis khas di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 25 Mac ini.

Dalam pada itu, Zul berkata, motosikal itu dibelinya khas untuk penggambar­an filem ini.

“Saya memberi cadangan kepada penerbit untuk menambah babak menggunaka­n motosikal berkuasa tinggi.

“Saya katakan daripada menyewa, lebih baik saya beli dan gunakannya. Lagipun, saya sudah lama menyimpan impian untuk memilikiny­a.

“Bagaimanap­un, saya mahu kongsi nilai sentimen- tal yang ada pada motosikal itu dengan menghadiah­kannya kepada penonton. Bagi saya, ini antara sumbangan yang mampu saya lakukan kepada penonton dan peminat yang tidak putus menyokong perjalanan seni saya selama ini,” katanya.

ZUL BANGGA

Sebagai pelakon utama,

Zul bangga apabila J Revolusi turut ditayangka­n di Singapura dan Brunei.

Filem terbabit turut mendapat sambutan di dua negara terbabit walaupun berdepan saingan filem Hollywood.

“Kebanyakan penonton di Singapura dan Brunei memuji jalan cerita J Revolusi yang sarat aksi dan nilai kekeluarga­an serta persahabat­an.

“Boleh dikatakan hampir 90 peratus maklum balas yang diberikan penonton sangat positif. Malah, terdapat juga peminat yang menonton sehingga tiga kali.

“Insya-Allah jika filem ini meninggalk­an kesan di penonton dan mendapat sambutan yang lebih memberangs­angkan, saya akan meneruskan lakonan sebagai Jay dalam filem ini,” katanya.

 ??  ?? ZUL bersama motosikal Ducati Hypermotar­d.
ZUL bersama motosikal Ducati Hypermotar­d.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia