Harian Metro

Mesej positif untuk generasi muda

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Kali pertama diperkenal­kan di kaca televisyen 23 tahun lalu, watak adiwira popular dalam kalangan kanakkanak, Power Rangers kembali ke layar perak selepas tarikh tayanganny­a dua kali tertunda.

Filem arahan Dean Israelite ini sepatutnya menemui penonton Julai tahun lalu, tetapi ditunda ke Januari tahun ini. Namun, ia sekali lagi ditunda ke bulan ini.

Ia juga filem ketiga Power Rangers yang diterbitka­n selepas Mighty Morphin Power Rangers: The Movie pada 1995 dan Turbo: A Power Rangers Movie (1997).

Bagaimanap­un, jalan cerita filem terbaru ini tiada kaitan dengan dua filem terdahulu itu.

Menampilka­n barisan wajah baru Power Rangers, filem ini dibintangi Dacre Montgomery sebagai

Jason Scott, Naomi Scott (Kimberly Hart), RJ Cyler (Billy Cranston), Ludi Lin (Zack) dan penyanyi Becky G (Trini).

Dalam satu sidang media baru-baru ini, pelakon asal Pink Ranger, Amy Jo Johnson membuat kejutan dengan menyamar sebagai wartawan Daily Hive untuk menemu bual Scott, Lin dan

Filem Power Rangers temui penonton bulan ini selepas 2 kali

tertunda

 ??  ?? Produksi sangat teliti dengan
perkara ini kerana mereka mahu penonton melihat masalah
yang sering dihadapi remaja
berusia 17 tahun. Cara itu dapat mendekati penonton muda
Produksi sangat teliti dengan perkara ini kerana mereka mahu penonton melihat masalah yang sering dihadapi remaja berusia 17 tahun. Cara itu dapat mendekati penonton muda
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia