Harian Metro

Gadis Narathiwat cipta sejarah

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Peserta Thailand pertama sertai pertanding­an lagu dangdut dilamar syarikat rakaman Malaysia dan

Indonesia

Lincah, bertenaga dan miliki semangat juang yang tinggi. Kelebihan ini mendorong Ammy

Fara menyertai Dangdut Academy Asia 2 (DAA2) musim lalu.

Gadis berusia 18 tahun dari wilayah Narathiwat ini turut mencipta sejarah kerana menjadi peserta pertama Thailand menyertai pertanding­an lagu dangdut.

Anak bongsu daripada tiga beradik ini mencipta kejayaan peribadi apabila menduduki tempat keenam serta meraih Anugerah Media Sosial dalam DAA2.

Ammy amat beruntung kerana dilamar bernaung di bawah label Padi Records di Malaysia dan RCS Music di Indonesia.

“Alhamdulil­lah, impian saya hampir menjadi kenyataan. Tak mengapa tidak bergelar bergelar juara kerana apa yang saya capai sudah memadai. Saya suka menyanyi sejak kecil dan didedahkan dengan lagu Melayu.

“Antara penyanyi kegemaran saya ialah

Ella, Inka Christie dan

Inul. Saya minat lagu pop dan dangdut, tapi lebih cenderung kepada dangdut,” katanya ketika bertandang ke Kuala Lumpur minggu lalu.

Mengulas pembabitan Ammy dalam dunia seni, gadis ini mengakui mewarisi bakat bapanya, Rozali yang sehingga kini masih aktif bermain muzik di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand.

“Ayah main muzik dangdut dan kami sekeluarga sukakan genre ini. Bahkan ayah juga pernah menerbitka­n album dangdut yang menampilka­n saya dan dua abang.

“Syukur album ini diterima baik dan laris di Selatan Thailand, malah saya juga kerap dipanggil menyanyi di stesen TV Bahasa Melayu di sana,” katanya.

Ammy kini sangat gembira kerana namanya bukan sahaja dikenali di Thailand tetapi juga di Malaysia dan Indonesia.

“Saya teruja apabila ada peminat di negara luar. Dalam masa sama terselit juga perasaan bimbang kerana saya belum menguasai bahasa Melayu dengan baik.

“Saya juga turut dikenali warga Indonesia yang bekerja dan menetap di negara Arab, Taiwan serta penduduk Brunei,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, penyanyi yang turut diminati pereka fesyen terkenal serta juri DAA2, Ivan Gunawan itu juga teruja kerana ada kelab peminat iaitu Ammyou’s Fan Club.

“Kelab ini dikendalik­an dari Indonesia dan ada ramai pengikut. Ia sekali gus membuktika­n pilihan saya mencuba nasib sebagai penyanyi dangdut tidak sia-sia.

“Mungkin apabila diterima peminat kelak, saya perlahan-lahan buat perubahan konsep lagu terutamany­a untuk peminat Malaysia yang sukakan irama pop,” katanya.

Peminat boleh mengikuti perkembang­an Ammy Fara menerusi Instagram daa2_ ammyfara serta Facebook Ammy Fara DAA2 dan Ammy Fara.

 ?? AMMY ?? Ayah main muzik dangdut dan kami sekeluarga sukakan genre ini. Bahkan ayah juga pernah menerbitka­n album dangdut yang menampilka­n saya dan dua abang
AMMY Ayah main muzik dangdut dan kami sekeluarga sukakan genre ini. Bahkan ayah juga pernah menerbitka­n album dangdut yang menampilka­n saya dan dua abang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia