Harian Metro

Dira mahu fokus mengarah

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Tidak menyesal dengan keputusan yang diambil, pelakon dan pengarah Dira Abu Zahar nekad mengukuhka­n kerjayanya sebagai pengarah.

Menurut Dira, dia tidak mempunyai kelebihan seperti orang lain yang boleh berlakon dan pada masa sama aktif mengarah.

Oleh itu, filem Kimchi Untuk Awak yang bakal menemui penonton pada 30 Mac ini adalah lakonan terakhir Dira.

“Ketika berlakon dalam filem Kimchi Untuk Awak saya dalam proses memperlaha­nkan kerjaya lakonan.

“Saya juga sempat menjayakan sebuah telefilem raya tahun lalu. Selepas itu saya fokus mengarah termasuk telefilem yang tercalon untuk Anugerah Kaseh Tribute P Ramlee,” katanya.

Pertama kali mengarah untuk anugerah berkenaan, Dira tidak menyangka dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik.

“Semua ini rezeki daripada Allah SWT.

Syukur saya dipandu untuk beralih ke bidang pengarahan.

“Jujur, saya tidak terkejut apabila mendapat kepercayaa­n menerusi anugerah ini dan dipilih sebagai Pengarah Terbaik. Kalau nak ikutkan saya pengarah paling muda yang bertanding,” katanya.

Dira pertama kali mengarah telefilem berjudul

Bila Kau Datang lakonan Nabil Ahmad dan Liyana Jasmay pada tahun 2015.

Jelas Dira, Michael Ang antara pengarah yang banyak memberi sokongan dan galakan untuknya melebarkan sayap dalam dunia pengarahan.

“Michael nampak kebolehan saya dan minta fokus mengarah.

“Dia kata saya boleh ber jaya dalam bidang ini. Saya ambil katakatany­a sebagai doa,” katanya.

Berkongsi pengalaman membintang­i filem Kimchi Untuk Awak bersama bakat baru iaitu Aiman Hakim dan Emma Maembong,

Dira berkata tiada masalah untuk mereka mencipta keserasian.

“Saya tiada masalah bekerjasam­a dengan mereka. Walaupun terasa diri tua, saya tidak kisah berkongsi pengalaman. Mereka juga rajin bertanya.

Filem Kimchi Untuk Awak lakonan terakhir

“Tidak dinafikan berganding­an dengan pelakon baru dan pelakon berpengala­man banyak bezanya.

“Namun saya tidak kisah kerana ia proses biasa yang dilalui semua pelakon. Apa yang penting semua rasa selesa di lokasi,” katanya.

Saya juga sempat menjayakan sebuah telefilem raya tahun lalu. Selepas itu saya fokus mengarah termasuk telefilem yang tercalon untuk Anugerah Kaseh Tribute P Ramlee

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ?? ANGGAP rezeki dalam pengarahan.
ANGGAP rezeki dalam pengarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia