XOX Space santai
Penyedia perkhidmatan operator rangkaian maya mudah alih
(MVNO), XOX Mobile membuka stor peruncitan pertamanya, XOX Space yang beroperasi di pusat belibelah Sunway Pyramid, Petaling
Jaya dengan konsep peruncitan baru meningkatkan lagi kepuasan pengguna.
XOX Space dirasmikan duta jenama XOX Mobile yang juga legenda badminton Malaysia Datuk Wira
Lee Chong Wei, Ketua Pengarah Kumpulan XOX Berhad Datuk Eddie Chai dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX Berhad Ng Kok Heng.
Kedai konsep berkeluasan 909 kaki persegi itu mengembang dan memberikan perkhidmatan profesional kepada warga Lembah Klang.
Ia menawarkan pelanggannya persekitaran yang menyeronokkan untuk bersantai dan melakukan kerja ringkas dengan sambungan WiFi yang disediakan di gedung terbabit.
Ruang niaga ini mempunyai tempat duduk yang mencukupi, akses WiFI percuma, beberapa mata plug elektrik untuk mengecas peranti dan mesin menjual makanan ringan serta minuman.
XOX Mobile ketika ini memberikan perkhidmatannya kepada 1.65 juta pelanggan yang berdaftar dengan lebih 200 pusat khidmat, pengedar dan rakan niaganya di seluruh negara.