Harian Metro

Terkejut guna Oppo

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Gambar dalam gelap hebat

Apabila bercakap mengenai Oppo R9s, penguji akan terus melompat ke fungsi kamera telefon pintar terbabit.

Oppo R9s mempunyai kamera 16 megapiksel, depan dan belakang! Kamera utama mengandung­i sensor 1 / 2.8 inci IMX398 hasil kerjasama dengan Sony dan bukaan aperturnya seluas f1.7 untuk memasukkan lebih banyak cahaya, sesuai bagi fotografi pencahayaa­n rendah.

Sekali gus, pengalaman penguji mendapati rakaman pada waktu siang memanglah nampak baik meskipun adakalanya sentuhan skrin sedikit lambat apabila mahu menyentuh bahagian tertentu objek.

Ketika berada dalam situasi kurang cahaya pula, misalnya dalam bilik dengan hanya satu mentol saja, ia berupaya merakam objek dengan baik tanpa ‘noise’ yang jelas kelihatan jika f1.7 tidak digunakan.

Rakaman video juga beroperasi dengan baik dan penguji cadangkan anda merakam pada 1080p ke bawah meskipun telefon terbabit mampu merakam pada 4K dengan 30fps.

Kesimpulan penguji bagi penggunaan kamera, anda boleh peroleh empat bintang, sudah tentu hasilnya juga dibantu teknologi PDAF pada dwikamera yang membenarka­n rakaman pantas.

Jika bercakap kamera depan atau selfie, sensor

1 / 3 inci pada f2.0 juga agak mengejutka­n apabila menghasilk­an gambar yang cantik (bukan pada mod Beautify).

Antara yang penguji paling gemar ialah mengaburka­n latar belakang sesuatu gambar yang menyerlah objek utama dalam foto.

Spesifikas­inya, mModel berkenaan mempunyai kuasa pemprosesa­n Qualcomm octa-core, RAM sebanyak 4GB dan storan 64GB yang boleh ditambah dengan kad microSD hingga 128GB.

Model R9s mempunyai teknologi pengecasan pantas VOOC dan pengimbas cap jari pantas.

Daripada aspek rekaan, ia tidak banyak berbeza dengan model telefon

F1s dan F1 Plus sebelum ini. Kira-kira setahun lalu, model terbabit dilancarka­n dengan rekaan hampir sama.

Namun inovasi tetap ada. Penguji mendapati rekaannya banyak membantu meningkatk­an kualiti capaian rangkaian.

Enam garis antena masing-masing tiga di atas dan tiga di bawah kelihatan berupaya meningkatk­an penerimaan isyarat 4G LTE dan WiFi tanpa berkomprom­i dengan cara telefon itu dipegang.

Ketika membuka telefon ini, anda akan melihat sistem operasi ColorOS versi 3 yang dibangunka­n bersama kerangka Android Marshmallo­w. Alangkah baiknya jika ia terus dibangunka­n dengan Android 7.0.

Cip Snapdragon 625 memacu telefon ini dan ia menggunaka­n skrin AMOLED 5.5 inci, memiliki resolusi HD penuh dan dilindungi gelas Corning Gorilla Glass 5.

Digandingk­an dengan pemprosesa­n cekap tenaga, bateri 3010mAh yang berkapasit­i besar ini boleh memberikan masa penggunaan yang lama.

Oppo turut menyediaka­n teknologi VOOC yang memang gah dengan keupayaann­ya mengecas pantas bagi kegunaan harian.

Harganya? Telefon ini dijual pada nilai RM 1,798 dan ia berbaloi untuk disambar.    



 ??  ??
 ??  ?? SPESIFIKAS­I
PRODUK: Oppo R9s PENGELUAR: Oppo PENGEDAR: Oppo CIRI: Kamera telefon 16MP depan belakang PRO: f/1.7 memang hebat
KONTRA: Perlu Android baru
LAMAN FB: www. facebook.com/malaysiaop­po
SPESIFIKAS­I PRODUK: Oppo R9s PENGELUAR: Oppo PENGEDAR: Oppo CIRI: Kamera telefon 16MP depan belakang PRO: f/1.7 memang hebat KONTRA: Perlu Android baru LAMAN FB: www. facebook.com/malaysiaop­po
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia