Harian Metro

Intel beli syarikat Israel

-

Intel Corp (Intel) bersetuju membeli syarikat teknologi automasi kenderaan Israel, Mobileye dengan harga RM69 bilion sekali gus menjadi pesaing kepada kenderaan tanpa pemandu selepas Nvidia dan Qualcomm Inc.

Pembelian yang dianggap mahal berkenaan membolehka­n syarikat cip komputer terbesar di dunia itu menjadi peneraju bagi membekalka­n cip kenderaan tanpa pemandu.

Ia juga memberi isyarat kepada pengeluar kenderaan untuk menggunaka­n cip terbabit bagi tujuan menyediaka­n kenderaan tanpa pemandu.

Agensi Goldman Sachs mengunjurk­an pasaran sistem bantuan pemandu dan kenderaan automatik akan meningkat dari RM13.5 bilion pada 2015 kepada RM1.3 trilion menjelang 2035.

Namun ramai penyelidik meragui sama ada syarikat pengeluar dan pembekal mampu menghasilk­an sistem terbabit dalam tempoh empat tahun akan datang.

 ??  ?? SISTEM automasi kini digunakan.
SISTEM automasi kini digunakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia