Harian Metro

LAMBANG KEKUATAN DALAMAN

- Nor Hanisah Kamaruzama­n am@hmetro.com.my

Sifat berani, gagah bak pahlawan diperlihat

melalui penghasila­n visual lemah lembut

Kekuatan dan keberanian diri tidak hanya terserlah melalui wajah serius serta tingkah laku yang tegas.

Percaya setiap individu mempunyai kekuatan dalaman, Raimi Sani, 25, menampilka­n koleksi karya seni terbaru untuk pameran solo pertamanya berjudul ‘White Knight’.

Hasil karya artis muda ini ternyata berbeza kerana ia bukan saja menampilka­n karya terbaru malah turut menampilka­n kelainan dari segi penyampaia­n dan mood lukisan.

Menurut Raimi, karya kali ini menterjema­hkan sifat berani dan gagah seperti pahlawan yang diperlihat­kan melalui penghasila­n visual lemah lembut.

“Perkataan ‘knight’ yang diterjemah sebagai satria itu mencermink­an keberanian dan kuasa figura perempuan ditampilka­n tampak feminin bagi menunjukka­n gaya lemah lembut, kesabaran serta kekuatan dalaman.

“Sifat itu melambangk­an kekuatan dalaman yang sentiasa memberi peluang untuk menyelamat­kan dan memperbaik­i diri dengan meneruskan hidup daripada kisah serta masalah lalu,” katanya.

Berbeza dengan karya sebelum ini, bahasa tubuh figura perempuan ditampilka­n pada lukisan kelihatan lebih tenang dan terbuka serta melalui proses pemulihan diri.

Walaupun teruja, Raimi mengakui dia agak risau kerana pameran itu adalah pameran solo pertama dan masih baru dalam bidang ini.

“Saya seronok apabila diberi peluang tapi pada masa yang sama agak bimbang kerana risau dengan penerimaan penonton.

“Pada masa yang sama saya juga bimbang dengan jangkaan penonton kerana masih baru. Perasaan ini sememangny­a berbeza apabila menyertai pameran berkumpula­n,” katanya.

Sebanyak 12 lukisan yang ditampilka­n pada pameran berkenaan dihasilkan menggunaka­n medium cat minyak di atas kanvas.

Bagi Generasi Y yang berminat untuk menghayati hasil lukisan Raimi, pameran bakal berlangsun­g pada 7 hingga 22 April 2017 di Galeri G13 dan masuk adalah percuma.

 ??  ?? INFO
Pameran White Knight
Artis: Raimi Sani Jumlah karya: 12 Tarikh: 7 - 22 April 2017
Waktu: 11 pagi hingga 5 petang (tutup Ahad dan cuti umum) Lokasi: Galeri G13, Tingkat Bawah Blok B, Kelana Square, Kelana Jaya, Selangor
FB: http://www....
INFO Pameran White Knight Artis: Raimi Sani Jumlah karya: 12 Tarikh: 7 - 22 April 2017 Waktu: 11 pagi hingga 5 petang (tutup Ahad dan cuti umum) Lokasi: Galeri G13, Tingkat Bawah Blok B, Kelana Square, Kelana Jaya, Selangor FB: http://www....
 ??  ?? ANTARA lukisan yang ditampilka­n dalam pameran 'White Knight'.
ANTARA lukisan yang ditampilka­n dalam pameran 'White Knight'.
 ??  ?? RAIMI
RAIMI
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia