Harian Metro

Cacar air mudah berjangkit

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Cacar air atau cengkering yang berpunca daripada virus varicella zoster adalah sejenis penyakit virus sangat mudah berjangkit.

Seseorang boleh dijangkiti virus ini daripada pesakit lain yang mengalami cacar air melalui sentuhan atau titisan cecair. Virus ini juga didapati di dalam bintik yang mengandung­i cecair.

Cacar air berlainan daripada penyakit kayap walaupun kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh virus yang sama tetapi mempunyai simptom berbeza. Penyakit kayap dihidapi pesakit yang pernah dijangkiti cacar air dan akan menyerang apabila sistem imuniti pesakit ini rendah.

Pesakit boleh menjangkit­i orang lain sehari atau dua hari sebelum ruam muncul, namun mereka yang dijangkiti mungkin tidak mengalami sebarang simptom hingga 10 ke 21 hari selepas bersentuha­n dengan pesakit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia