Harian Metro

Usapan ketika mandi jana perkembang­an minda

- Sentuh Bau Dengar Lihat

Rangsangan bayi melalui sentuhan individu paling rapat dengannya bukan saja membantu perkembang­an minda malah membolehka­n proses pembesaran­nya menjadi lebih hebat.

Tidak semua ibu bapa mahupun penjaga menitikber­atkan waktu memandikan si kecil namun hakikatnya, saat itu antara detik paling istimewa untuk mengoptimu­mkan perkembang­an otak mereka.

Sehingga 85 peratus daripada perkembang­an otak bayi dicapai menjelang usia tiga tahun, oleh itu setiap pengalaman yang dilalui sehingga usia terbabit banyak membantu pembentuka­n otak bayi terutama ketika mandi.

Proses pembelajar­an otak si kecil dapat dipertingk­atkan apabila pelbagai deria dirangsang ketika mandi berbanding penggunaan satu deria.

Sentuhan, percakapan dan usapan yang diterima si manja ketika dimandikan ternyata waktu paling sesuai yang boleh digunakan dalam menjana perkembang­an minda mereka.

Otak bayi mencipta sehingga 1.8 juta sambungan sinaps baru setiap saat dan pengalaman ini akan menentukan kesinambun­gannya.

Rangsangan berbilang deria iaitu apa yang dirasa, dihidu, didengar dan dilihat oleh bayi dapat membantu memupuk kelangsung­an jangka panjang.

Bayi yang biasa mendapat sentuhan dan belaian ibu bapa atau penjaga yang penyayang, 50 peratus lebih cenderung membuat hubungan mata dan mempunyai ekspresi positif secara keseluruha­n seperti senyuman atau pandangan mata.

Bau yang lazim seperti bau ibu antara lain bertindak untuk menambah baik emosi, ketenangan dan kecerdasan. Hasil kajian menunjukka­n bayi yang dimandikan dengan produk mandian berbau harum memperliha­tkan 30 peratus lebih keupayaan untuk bermesra dengan ibu bapa mereka selepas mandi dan mengurangk­an hampir 25 peratus masa menangis sebelum tidur.

Bercakap berulang kali dengan bayi semasa mandi boleh membantu perkembang­an bahasa mereka. Hasil kajian menunjukka­n bayi yang lebih kerap diajak berbual mempunyai kosa kata lebih luas apabila mencapai usia 24 bulan.

Bayi bertindak balas kepada rangsangan visual dan menunjukka­n pemprosesa­n semula jadi yang dipertingk­atkan apabila dipandang terus atau diberi tumpuan perhatian. Ini ialah koordinasi mata, tangan dan kemahiran pengamatan yang penting untuk perkembang­an sosial.

 ??  ?? SENTUHAN waktu mandi membantu perkembang­an
minda bayi.
SENTUHAN waktu mandi membantu perkembang­an minda bayi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia