Harian Metro

Galak wanita bangga dengan kewanitaan mereka

-

Dalam usaha memperkasa­kan lebih ramai wanita Malaysia berbincang mengenai kebersihan bahagian intim secara lebih terbuka, rangkaian produk pembersih khusus wanita Orchid menganjurk­an pertanding­an Be Yourself buat julung kalinya, barubaru ini.

Finalis pertanding­an memberikan yang terbaik dalam aspek lakonan, nyanyian dan tarian demi merebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruha­n berjumlah RM6,000, produk eksklusif pembersih khusus wanita Orchid, serta pengalaman sekali seumur hidup untuk membintang­i filem pendek bersama duta jenama Orchid, Sazzy Falak, yang akan diterbitka­n produksi tempatan terkenal, Metrowealt­h Internatio­nal Group (MiG).

Penganjura­n diadakan sempena kempen #Malu?TakMalu! yang menggalakk­an wanita turut serta dalam perbincang­an topik itu.

Tempat pertama pertanding­an dimenangi Hamiza Hanapi, 32, manakala Noor Lyianna Akhir Rudin, 25, menduduki tempat kedua. Sementara itu, Sharifah Norbaizura Syied Mohd Safie, 32, diumum sebagai pemenang tempat ketiga.

Pertanding­an itu diadili pelakon dan pengacara televisyen terkenal yang juga duta jenama Orchid, Sazzy Falak, Tan Joo In dari Orchid dan Carrol Tan dari Watsons Malaysia.

Peringkat akhir pertanding­an turut dijalankan dengan kerjasama peruncit produk kesihatan, kesejahter­aan dan penyelesai­an kecantikan yang beroperasi menerusi lebih 400 stor di seluruh Malaysia, Watsons Personal Care Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Watsons Malaysia).

Sehingga kini, Watsons Malaysia menawarkan 1,000 jenama membabitka­n ubatubatan, suplemen kesihatan, penjagaan kulit, produk kelengkapa­n dandanan diri dan kosmetik.

Pertanding­an berkenaan berlangsun­g di laman Facebook rasmi Orchid bermula 30 Mei hingga 30 November tahun lalu yang menyaksika­n penyertaan menggalakk­an daripada wanita Malaysia yang yakin, moden dan berbakat besar.

Produk pembersih khusus wanita Orchid dengan Aktif Pencerah

Kulit mengandung­i bahan tradisiona­l yang menyegar dan membersih seperti manjakani, kacip fatimah dan daun sirih yang membantu untuk menyah bau, mencerah dan memelihara kulit kekal lembut.

Pengurus Produk,

Isi Rumah & Penjagaan Peribadi, Divisyen Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd Tan Joo In berkata, pertanding­an itu bermatlama­t menggalakk­an lebih ramai wanita tampil dan berbangga dengan kewanitaan di samping tanpa rasa malu menangani kebimbanga­n yang mungkin membuatkan golongan itu berasa resah atau kurang yakin.

“Kami amat gembira melihat semakin ramai wanita Malaysia tampil untuk turut serta dalam perbincang­an mengenai keintiman wanita dan mengambil bahagian dalam pertanding­an ini.

“Kami juga boleh membangunk­an satu komuniti wanita yang mengambil berat aspek kebersihan dan kesejahter­aan hidup mereka secara keseluruha­nnya,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Orchid #Malu?TakMalu! dan tip mengenai kebersihan intim, sila layari https:// www.facebook.com/ NewOrchidB­rand/.

 ??  ?? PEMENANG bergambar kenangan.
PEMENANG bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia