Harian Metro

ANAK JONG-NAM BERI DNA

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Identiti mayat abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dikenal pasti berdasarka­n sampel asid deoksiribo­nukleik (DNA) yang diperoleh daripada anak mendiang.

Perkara itu dimaklumka­n dan disahkan sekali lagi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sini semalam.

Pengesahan itu sekali gus mengukuhka­n kenyataan dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini bahawa Kim Chol dan Jong-nam adalah orang yang sama.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sampel yang diperoleh daripada anak mendiang itu dikendalik­an mengikut prosedur forensik dan DNA yang sah.

“Saya sekali lagi mengesahka­n mayat itu adalah Jong-nam,” katanya selepas menyempurn­akan majlis pelancaran akses laluan kenamaan, KUL VIP Access oleh Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur di sini.

Sebelum ini, Wakil Tetap Korea Utara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kim In-ryong menafikan individu yang dibunuh di Malaysia adalah Jong-nam.

Harian Metro pada 22 Februari lalu melaporkan anak sulung Kim Jong-nam, Kim Han-sol, 21, dipercayai menyerahka­n DNA dan mengecam jasad bapanya selepas diseludup masuk ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) awal pagi semalam.

Sebelum itu, Han-sol dipercayai dibawa melalui laluan khas oleh anggota STAFOC sejurus ketibaanny­a di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (klia2) bagi mengelakka­n kehadirann­ya dikesan ratusan petugas media tempatan dan asing berkumpul di balai ketibaan.

Han-sol, anak sulung daripada enam beradik itu tiba dari Macau menaiki pesawat AirAsia X Indonesia jam 7.33 malam. Berita mengenai kedatangan Han-sol ke negara ini tersebar melalui satu twitter yang diterima wartawan asing.

Ditanya sama ada kerajaan akan menyerahka­n mayat Jong-nam dan suspek kes pembunuhan Jong-nam sebagai ganti kepada pembebasan sembilan warga Malaysia di Korea Utara, Ahmad Zahid berkata, beliau melihat kepada segala kemungkina­n dan jalan penyelesai­an yang ada.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tiada halangan untuk mana-mana pihak termasuk Korea Utara atau badan antarabang­sa menubuhkan apa juga jenis inkuiri antarabang­sa mengenai kes pembunuhan Jong-nam.

“Bagaimanap­un, Korea Utara perlu mematuhi undang-undang dan resolusi sekiranya inkuiri itu diwujudkan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak akan berkomprom­i terhadap aspek keselamata­n di pintu masuk negara terutama di KLIA dan klia2.

Menurutnya, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan terus fokus dan memberi tumpuan di semua lapangan terbang di seluruh negara termasuk memastikan kehadiran agensi penguat kuasa selain dibantu alat sokongan keselamata­n seperti kamera litar tertutup (CCTV).

“Saya yakin Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) akan membantu kementeria­n untuk memastikan soal keselamata­n yang terbaik buat penumpang di KLIA dan klia2,” katanya.

„ Identiti warga Korea Utara dibunuh disahkan sebagai Jong-nam

 ??  ??
 ??  ?? JONG-nam
LAPORAN Harian Metro 22 Februari lalu.
JONG-nam LAPORAN Harian Metro 22 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia