Harian Metro

Terbit Mat Som 2 selepas 30 tahun

-

Riyadh: Selepas hampir 30 tahun karya kartun Mat Som diterbitka­n, kartunis terkenal tanah air Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat bakal menerbitka­n Mat Som 2 tahun ini.

Lat, 66, berkata beliau mengambil masa lama untuk menyiapkan novel grafik itu yang sebelum ini diterbitka­n pada 1989 dalam menghasilk­an karya terbaik.

“Karya ini antaranya bakal menggambar­kan kehidupan anak muda di Kuala Lumpur sekarang yang banyak mengeluh mengenai kesusahan yang sebenarnya pernah kami hadapi dulu,” katanya ketika sesi memperkena­lkan

‘Tifl al-Qaryah’ (Kampung Boy) di Riyadh Internatio­nal Book Fair (RIBF) 2017, di sini.

Karya klasik Mat Som yang merakamkan dilema dalam kehidupan seorang penulis sambilan bernama Mat Som Mat Top di ibu kota pernah diadaptasi ke filem dengan menggunaka­n judul Mat Som yang dilakonkan Imuda pada 1990.

Dalam pada itu, Lat berkata, karya Kampung Boy yang diterjemah­kan ke bahasa Arab mendapat sambutan menggalakk­an daripada masyarakat Arab Saudi sehingga habis terjual pada pesta buku berkenaan.

“Pembaca dalam kalangan masyarakat Arab akan mengetahui bagaimana kehidupan masyarakat Islam di Malaysia yang tidak banyak bezanya kerana saya tonjolkan kehidupan tradisi orang Melayu yang juga mempunyai hubungan dengan hukum-hakam Islam,” katanya.

Malaysia diundang kerajaan Arab Saudi sebagai Negara Tetamu Kehormat di pesta buku ini yang bermula dari 8 hingga 17 Mac. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia