Harian Metro

Bekas guru mengaku tidak bersalah guna wang pajakan RM339,000

-

Kuala Lumpur: Seorang bekas guru dan perunding hartanah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas pertuduhan menyalahgu­nakan wang RM339,000 untuk pelaburan pajakan Hotel Makkah Islamic.

Ahmad Amiruddin Mohamed, 46, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Ini adalah pertuduhan keempat terhadap tertuduh yang berhadapan dengan dakwaan sama membabitka­n mangsa berlainan di Selayang, Ampang dan Kuala Lumpur.

Ahmad Amiruddin didakwa memperdaya­kan seorang mangsa berusia 32 tahun untuk melaburkan wang itu ke dalam akaun syarikat miliknya, A.A.M Global Corporatio­n Sdn Bhd yang menjalanka­n aktiviti pajakan hotel sedangkan pelaburan itu tidak wujud.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank cawangan Jalan Kampar, Sentul, dekat sini, antara 7 Ogos 2015 hingga 28 Julai 2016.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan boleh dikenakan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abdul Halim.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Aizul Rohan Anuar memohon supaya dikenakan jaminan yang rendah berikutan dia sudah membayar jaminan RM56,000 bagi kesnya sebelum ini.

Mahkamah menetapkan 7 April depan untuk sebutan semula kes. Padah merakam gambar dua remaja wanita yang sedang mencuba pakaian di bilik persalinan, seorang pekerja kedai pakaian menerima akibatnya apabila dia didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhka­n hukuman itu terhadap Al

>>Mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin

Saik, 28, selepas dia mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengaibkan kehormatan dua beradik yang berusia 20 dan 16 tahun di bilik persalinan pakaian sebuah kedai di Cheras pada jam 7.30 malam, 12 Mac lalu.

 ??  ?? AHMAD Amiruddin hadir ke Mahkamah Majistret, semalam atas tuduhan salah guna wang berjumlah RM339,000.
AHMAD Amiruddin hadir ke Mahkamah Majistret, semalam atas tuduhan salah guna wang berjumlah RM339,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia