Harian Metro

PENDIGITAL­AN PKS

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Inisiatif pacu guna e-dagang dalam kalangan usahawan tempatan

Penggunaan e-dagang dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dijangka berkembang kepada 50 peratus menjelang 2020 berbanding 32 peratus pada tahun lalu.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kementeria­nnya memperkena­lkan pelbagai inisiatif bagi menggalakk­an penyertaan PKS dalam e-dagang termasuk melalui program Go Global Malaysia.

Program itu hasil kerjasama awam-swasta yang diterajui rakan industri seperti Google, Alliance Bank, MasterCard dan Maxis bersama kementeria­n dan agensi di bawahnya seperti Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), SME Corp dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDeC).

“Saya yakin program ini akan memperkasa­kan PKS tempatan untuk tujuan membangunk­an kemampuan perniagaan, menghubung­kan rakan ekosistem digital dan menggalakk­an eksport,” katanya pada taklimat media sempena mesyuarat Majlis e-Dagang Kebangsaan (NeCC) di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim berkata, program latihan dan pendidikan itu bertujuan membantu PKS meningkatk­an pendapatan masing-masing melalui aspek pendigital­an.

Menurutnya, pihaknya merancang mengadakan beberapa siri program latihan dan pendidikan di lokasi terpilih di seluruh negara sepanjang tahun ini.

“Pertumbuha­n pantas kadar penggunaan e-dagang mendorong kami menjalinka­n kerjasama dengan Google dan Lazada bagi membimbing PKS untuk menjalanka­n perniagaan melalui e-dagang dan menyasarka­n 1,000 PKS akan dilatih di bawah program ini,” katanya.

Pada majlis sama, SME Corp menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Lazada Malaysia untuk memacu penggunaan e-dagang dalam kalangan PKS tempatan dan pelancaran program Go Global Malaysia.

 ??  ?? MUSTAPA melihat skrin informasi ECOMMERCE pada mesyuarat NeCC di Menara MITI, Kuala Lumpur, semalam.
MUSTAPA melihat skrin informasi ECOMMERCE pada mesyuarat NeCC di Menara MITI, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia