Harian Metro

TAHI BINTANG TANDA CINTA

- Agensi

Lelaki habiskan RM644,000 beli batu angkasa untuk lamar kekasih

Seorang lelaki sanggup menghabisk­an jutaan yuan semata-mata mahu membelikan ‘tahi bintang’ untuk kekasihnya sebagai tanda cinta.

Liu Fei tidak membeli batu permata yang dapat digunakan untuk menghiasi cincin, sebaliknya ‘tahi bintang’ seberat 33 tan menjadi pilihan untuk melamar teman wanitanya, Wang Fangfang.

Portal berita tempatan melaporkan, Liu meletakkan batu gergasi itu di tengah-tengah dataran di Urumqi, ibu negeri wilayah Xinjiang dengan ditutup kain merah Selasa lalu.

Menurut ChinaNews.com, lelaki itu membeli batu angkasa itu dengan harga 1 juta yuan (RM644,000) menggunaka­n wang yang dikumpul untuk membeli pangsapuri baru.

Liu dilihat melutut di dalam bulatan yang dibentuk seperti hati menggunaka­n kelopak mawar dan melamar Wang manakala pada masa sama seorang rakannya menarik kain merah yang menutup tahi bintang berkenaan.

Liu berkata, batu angkasa itu lambang perkahwina­n yang stabil dan berkekalan.

Malah dia membuat lamarannya pada tepat jam 13.14 tengah hari kerana jika disebut dalam bahasa Cina ia bermakna ‘satu hayat, satu kehidupan.’

Pasangan itu bercinta sejak empat tahun lalu.

Liu dilaporkan pertama kali melihat batu berkenaan ketika melawat kota lama Kashgar selepas mendengar mengenai seorang lelaki tempatan mengumpul barangan seperti itu.

Dia kemudian menjual batu itu selepas Wang mengaku meminatiny­a.

Bagaimanap­un

ramai pengguna Internet memper tikaikan sama ada batu berkenaan tahi bintang.

Ada yang menganggap ‘lamaran’ berkenaan sekadar gimik untuk syarikat hartanah tempat acara itu diadakan.

Tahi bintang amat diburu pengumpul terutama yang bersaiz besar. Jika apa dibeli Liu itu benar tahi bintang ia mungkin antara yang terbesar pernah ditemui manusia.

Space.com melaporkan, dua tahi bintang terbesar dilaporkan pernah ditemui di China, di pergununga­n Altai di Xinjiang seberat antara 25 hingga 28 tan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LIU melutut dalam bulatan berbentuk hati untuk melamar kekasihnya. - scmp.com
LIU melutut dalam bulatan berbentuk hati untuk melamar kekasihnya. - scmp.com
 ??  ?? BELON turut dilepaskan selepas batu gergasi didakwa tahi bintang itu didedahkan. - chinanews.com
BELON turut dilepaskan selepas batu gergasi didakwa tahi bintang itu didedahkan. - chinanews.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia