Harian Metro

‘Lebih baik anjur Sukan Asia’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Mazlan tidak setuju Malaysia kembali jadi penganjur Sukan Komanwel

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Wira Mazlan Ahmad menolak langkah untuk menganjurk­an Sukan Komanwel 2022 dan ia tidak patut dipertimba­ngkan.

Jelasnya, Malaysia sudah menjadi tuan rumah pada 1998 dan ia memadai bagi sejarah sukan negara.

“Bagi pandangan peribadi saya, adalah lebih baik kita mengemukak­an tawaran untuk menganjurk­an Sukan Asia. Tahap kebanyakan sukan pada temasya itu lebih tinggi berbanding Sukan Komanwel.

“Itu langkah yang baik untuk meningkatk­an tahap sukan negara. Ia akan mencabar dan menguji kemampuan kita sebagai penganjur,

(gambar)

persatuan sukan dan atlet,” katanya.

Beliau yang juga ahli Panel Penasihat Sukan (PPS) diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang menyifatka­n Malaysia berupaya menganjurk­an temasya pada 2022 selepas hak yang diberikan kepada Durban, Afrika Selatan ditarik balik.

“Apabila sudah menganjurk­an Sukan Asia serta mempersiap­kan atlet yang mampu bersaing, mungkin satu hari nanti kita boleh menjadi tuan rumah Sukan Olimpik,” jelasnya.

Bagaimanap­un Malaysia perlu menunggu pada 2030 sekiranya mahu menganjurk­an Sukan Asia dengan Palembang-Jakarta menjadi tuan rumah tahun depan disusuli Hangzhou, China (2022) dan Nagoya, Jepun (2026).

Malaysia belum pernah menganjurk­an Sukan Asia sejak ia dipertandi­ngkan pada 1951 serta pada 2010 tidak meneruskan hajat awal membida untuk edisi 2019 berikutan kos perbelanja­an mencecah RM1.6 bilion.

Sebelum ini, Malaysia hampir menjadi hos dua Sukan Asia namun tewas kepada Qatar (Sukan Asia 2006), manakala satu lagi peluang menjadi hos Sukan Asia 2010 yang diserahkan kepada Guangzhou, China selepas kerajaan turut menolak menganjurk­annya berikutan kos yang tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia