Harian Metro

‘Berhentila­h tabur fitnah’

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Shakilla dikatakan digam stesen TV kononnya sering timbul masalah di lokasi penggambar­an

Angkara fitnah seorang artis, tidak semena-mena nama Shakilla Khoriri, 27, dikatakan digam sebuah stesen TV. Setiap kali syarikat produksi mencadangk­an namanya, pasti disingkirk­an.

Artis terbabit menjaja cerita kononnya Shakilla sering menimbulka­n masalah di lokasi penggambar­an.

Meskipun artis itu dilihat seperti mahu ‘menabur pasir’ dalam periuk nasinya, pelakon drama Mama Ricky itu tidak mahu tahu siapa individu terbabit. Cuma pinta Shakilla, hentikan segera niat dan perbuatan jahat itu.

“Saya tak tahu apa motif sebenar dia. Sama ada dia mengkhiana­ti saya kerana mahu berlakon dalam drama itu atau dia mahu memberi laluan kepada rakan artis yang rapat dengannya. Justeru dia terpaksa singkirkan saya dengan cara memburukka­n saya kepada stesen TV itu. Banyak kali nama saya digugurkan daripada senarai pelakon yang dicadangka­n syarikat produksi.

“Antara tuduhan yang dilemparka­n terhadap saya adalah datang lambat ke lokasi penggambar­an.

Saya tak pernah menyakiti sesiapa, tiba-tiba pelbagai isu timbul yang saya sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Secara logiknya, adakah saya sanggup membinasak­an masa depan sendiri sedangkan berlakon adalah punca pendapatan saya.

“Saya berlakon sejak berusia 17 tahun dan bukan mudah membina nama serta bertahan sehingga sekarang. Hanya selepas beberapa tahun barulah nama dan wajah saya dikenali ramai. Walaupun artis itu terus memburukka­n nama saya, saya tidak mahu tahu atau cari dia. Siapa tahu suatu hari nanti saya terpaksa berlakon dengannya dan pasti situasi di lokasi jadi tak seronok. Jadi, lebih baik saya tak tahu siapa orangnya,” katanya.

Cuma jika individu yang dimaksudka­n sedar perbuatan itu salah, tegas Shakilla berhentila­h menabur fitnah.

“Ketika mula berlakon dulu, darah saya cepat panas jika dikaitkan dengan gosip yang melampau sehingga sanggup bersemuka dengan penyebar fitnah itu. Sekarang saya sudah matang dan boleh bersabar, malah tidak menjadi kudis langsung kepada saya. Rezeki ada di mana-mana, satu pintu rezeki tertutup ada banyak lagi peluang yang menanti.

“Siapa pun dia, saya akan maafkannya. Saya tidak pernah mengganggu sesiapa bahkan saya turut membantu rakan artis agar dapat berlakon sama kerana konsep mencari rezeki dalam Islam pun kita perlu berkongsi dengan orang lain. Masingmasi­ng ada tanggungja­wab terhadap diri dan keluarga, jadi jangan tutup peluang orang lain.

“Saya akan terus berlakon sehingga betul-betul penat dan mungkin akan pertimbang­kan untuk bersara. Perkahwina­n juga tidak menoktahka­n langkah saya dalam bidang lakonan. Dengan adanya duit sendiri, saya rasa bahagia dapat membantu keluarga. Daripada restu mereka juga saya memperoleh rezeki hari ini,” katanya.

Tidak mahu berada dalam ‘kelompok rakan yang salah’, Shakilla atau nama sebenarnya, Nur Shakilla Mohamad Khoriri jarang melepak dengan artis lain.

“Saya tak mengata dan menyebut nama sesiapa, hanya mendengar mereka berbual, tetapi alih-alih saya pula dituduh ‘mulut jahat’. Saya lebih suka duduk dengan pelakon lama kerana mereka jujur dan ikhlas apabila menegur. Memanglah mulut saya ini becok, tetapi tak pernah pula nak memburukka­n sesiapa.

“Sudah 11 tahun saya berlakon dan tiada masa memikirkan perkara remeh. Saya mahu cari duit saja dan jika tiada rezeki menjadi heroin, bawa watak pembantu pun saya sudah bersyukur,” katanya.

Shakilla yang sudah empat tahun bercinta dengan penyampai radio Suria

FM, Fizi (Muhd Hafizudin Alimudin, 27), berhasrat untuk melangkah ke fasa lebih serius.

“Insya-Allah tahun ini kami akan meraikan cinta kami dengan sesuatu yang lebih bermakna. Tarikhnya akan diumumkan nanti. Kami tidak bercadang mengadakan majlis perkahwina­n yang besar. Hanya melaksanak­an perkara yang wajib dengan mengundang saudara-mara, kenalan dan media.

“Apa yang penting adalah persediaan untuk menjalani kehidupan selepas bergelar suami isteri,” katanya.

Shakilla ditemui pada penggambar­an drama 20 episod berjudul Karisma terbitan Grande Myriad Multimedia Sdn Bhd. Skrip drama arahan Rodzee A Razak itu ditulis Zyza Backy mengisahka­n konflik dua beradik lakonan Shakilla dan Fathia Latif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia