Harian Metro

SIASATAN MENJURUS KES BUNUH

- Shamsul Munir Safini dan Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

Siasatan kes remaja perempuan berusia 19 tahun yang memandu melawan arus sehingga menyebabka­n kematian seorang juruteknik lelaki 14 Mac lalu dilakukan mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kertas siasatan lengkap dihantar buat kali kedua kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya seperti yang diarahkan.

Beliau berkata sebelum ini kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44, Akta Pengangkut­an Jalan 1987 namun pihak pendakwa raya meminta siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika disabitkan kesalahan.

“Suspek yang positif dadah dan dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Jumaat lalu mengikut Seksyen 15(1), Akta Dadah Berbahaya 1952 namun dia mengaku tidak bersalah sebelum dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin,” katanya.

Chuah berkata, dakwaan kononnya polis sengaja melengahka­n siasatan kes berkenaan adalah tidak betul kerana siasatan yang dijalankan mengikut prosedur siasatan yang ditetapkan.

Beliau berkata, dalam prosedur siasatan ia meliputi pelbagai aspek termasuk mengumpul bukti termasuk pengesahan siasatan berhubung pengesahan kad kurang upaya (OKU) yang dimiliki suspek oleh doktor.

Katanya, siasatan meliputi segala keterangan termasuk rakaman video yang dibuat seperti arahan yang diberikan untuk melengkapk­an semua kertas siasatan.

“Semua proses memerlukan masa dan orang ramai tidak perlu membuat dakwaan sebegitu. “Selepas menerima arahan terbaru daripada timbalan pendakwa raya, polis bertindak mengikut segala arahan yang diberikan,” katanya. Dalam kejadian 14 Mac lalu itu, Mohamad Fandi Rosli, 26, maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitka­n enam kenderaan di Kilometer 134, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Permatang Pauh, angkara suspek itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? REMAJA perempuan yang melawan arus (kanan) ketika diikat jamin anggota keluarga di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, 14 Mac lalu.
REMAJA perempuan yang melawan arus (kanan) ketika diikat jamin anggota keluarga di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, 14 Mac lalu.
 ??  ?? CHUAH
CHUAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia