Harian Metro

Duda dijel 3 bulan Rangka dalam bilik

-

Melaka: Seorang duda berusia 41 tahun dipenjara tiga bulan selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan iaitu mengeluark­an kata-kata ugutan dan menumbuk jirannya yang juga wanita orang kurang upaya (OKU) serta gagal mengemukak­an kad pengenalan ketika diperiksa polis.

Lok How Wah yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, mengaku bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan ke atasnya dibaca di depan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Bagi pertuduhan pertama, Lok didakwa mengeluark­an kata-kata ugutan ‘keluar dari kereta atau aku pukul kau sampai mati’ kepada wanita OKU, Wong Yoke Ming.

Dalam pertuduhan kedua pula, dia didakwa menumbuk kepala dan bahu wanita OKU sama dengan kedua-dua kesalahan itu dilakukan di parkir kereta Blok B, Jalan Bukit Gedong, Pangsapuri Laksamana Cheng Ho, pada jam 1 tengah hari, 10 Mac lalu.

Pendakwaan bagi kesalahan pertama dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Saya masuk ke dalam bilik itu selepas diminta bos (majikan) bagi menutup lampu pada soket penyambung yang bernyala sebelum ternampak rangka di dalam bilik itu lalu memanggil majikan bagi memastikan­nya.

“Pada mulanya saya menyangka ia hanya replika kerana sebelum ini saya pernah melihat replika rangka manusia ketika melakukan kerja pembersiha­n di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah,” kata Azizul Apizi Mohd Johari, 49.

Azizul Apizi adalah seorang daripada empat pekerja pembersiha­n yang menemui rangka dipercayai manusia di dalam sebuah rumah di Batu 8, Ulu Kinta, di sini, kelmarin, ketika

„ Pekerja pembersiha­n temui jasad manusia dalam rumah

masuk untuk menemani rakannya membuang air.

Dia mengakui memang menyangka rangka itu replika kerana tidak berbau ketika memasuki bilik itu sebelum majikan memastikan rangka itu dipercayai rangka manusia.

“Tiada bau ketika masuk bilik itu menyebabka­n saya memanggil bos bagi mengesahka­n sama ada ia replika atau rangka manusia,” katanya ketika ditemui di rumah berkenaan.

Majikan Azizul Apizi, Yaacob Balli Jamaldin, 53, berkata, dia diupah membersihk­an kawasan itu oleh adik kepada pemilik rumah berkenaan dan mula menjalanka­n kerja pembersiha­n halaman rumah kelmarin.

Katanya, pintu rumah tidak berkunci menyebabka­nnya meletakkan peralatan kerja pembersiha­n di dalam rumah sebelum seorang pekerja ingin membuang air kecil.

“Tiba-tiba pekerja beritahu ternampak rangka manusia dalam bilik itu dan menyangka dia sekadar bergurau. Sebaik melihat sendiri, saya percaya ia rangka manusia,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahka­n penemuan itu namun pengesahan identiti belum dilakukan.

 ??  ?? LOKASI rangka manusia ditemui di sebuah rumah di Batu 8, Ulu Kinta, kelmarin.
LOKASI rangka manusia ditemui di sebuah rumah di Batu 8, Ulu Kinta, kelmarin.
 ??  ?? LOK
LOK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia