Harian Metro

Dijel 9 tahun sokong Daish ‘Kasi tutup Datuk Seri’

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Perbuatan kamu boleh menyebabka­n negara tidak stabil,” kata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan ketika menjatuhka­n hukuman penjara sembilan tahun terhadap seorang juruteknik atas kesalahan memberi sokongan kepada pengganas Daish menggunaka­n bahan letupan, tahun lalu.

Hakim Nordin menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Asrol Mohamad, 30, dan memerintah­kan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap pada 29 Jun tahun lalu.

“Kamu perlu sedar hukuman bagi kesalahan ini maksimumny­a adalah 30 tahun kerana ia kesalahan serius.

“Tindakan kamu memuat naik komen itu boleh menyebabka­n negara huru-hara.

“Hukuman ini bukan hanya untuk kamu, tetapi masyarakat lain sebagai pengajaran,” katanya.

Berdasarka­n pertuduhan, Mohd Asrol didakwa memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang membabitka­n penggunaan bahan letupan melalui aplikasi Telegram di dalam kumpulan perbualan Amanah vs PAS dengan menggunaka­n telefon miliknya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Jalan Binjai dekat sini, antara jam 4.30 pagi hingga 9.04 pagi, 28 Jun tahun lalu.

“Tutup muka Datuk Seri, jangan kasi (bagi) mereka ambil gambar,” itu kata beberapa tertuduh kes merusuh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas menyedari kehadiran wakil media yang membuat liputan kes mereka.

Terdahulu, seramai 12 lelaki termasuk seorang bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didapati merusuh, Sabtu lalu.

Mereka yang tiba di perkaranga­n kompleks mahkamah turun dari kenderaan polis dan mula menyedari jurufoto merakam gambar sebelum menjerit meminta rakan-rakan ‘melindungi’ Datuk Seri untuk mengelak wajahnya dirakam.

Ada juga antara tertuduh yang memekik dan memarahi petugas media, namun keadaan dapat dikawal oleh polis pengiring yang kemudian membawa mereka ke kamar mahkamah.

Dalam prosiding yang dijalankan, semua tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mohamed Amin Shahul Hamid.

Mengikut pertuduhan, semua mereka dan beberapa individu yang masih bebas didakwa merusuh di sebuah pusat hiburan di Jalan Burma, di sini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik E3 Pusat Hiburan Suncity KTV Midland di Jalan Burma, di sini, jam 3.58 pagi pada 18 Mac lalu.

Tertuduh adalah Tan Ban Chuan, 46, Loh Peng Kok, 35, Ng Hao Ning, 29, Muhamad Naim Abdull Rahman, 18, J Shatheeswa­ran, 24, N Kartiga, 26, Curtis Veeran, 19, Tan Teong Boon, 24, Teoh Chee Seng, 36, Siow Peir Sheng, 24, Teoh Kim Teik, 20 dan Tan Kai Chong, 21.

„ 12 lelaki dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merusuh di pusat hiburan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia