Harian Metro

Dua misi agenda utama T-Team

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Dua misi penting menjadi agenda utama T-Team sebelum berkunjung ke Stadium Perak bertemu The Bos Gaurus dalam pentas Liga Super pada 8 April depan.

Penolong ketua jurulatih Mohd Azhari Salim berkata, pertama adalah untuk memantapka­n jentera serangan dan kedua mengelak daripada dibolosi lebih banyak gol ketika beraksi di gelanggang lawan.

“Hasil analisis pihak pengurusan, kami mendapati posisi serangan diketuai penyerang kelahiran Uzbekistan Farhod Tadjiev dan bekas pemain kebangsaan Perancis Mamadou Samassa masih belum tajam dan perlu diberi penekanan.

“Secara puratanya kami hanya mampu meledak satu gol setiap perlawanan kerana sehingga kini baru mengumpul lapan jaringan daripada lapan perlawanan liga.

“Keadaan ini menggambar­kan masih banyak yang perlu dilakukan di bahagian serangan bagi memastikan kami mampu meledak lebih banyak gol.

“Selain itu kami turut mempersiap­kan pasukan untuk mengelak pintu gol dibolosi apabila bertandang ke tempat lawan sebagaiman­a aksi terakhir liga bertemu Kelantan apabila tewas 4-2.

“Jika dilihat dalam carta liga, gawang kami dibolosi 16 kali dan kebanyakan­nya ketika beraksi di laman lawan. Keadaan ini sudah tentu menggusark­an dan kami berharap ada perubahan ketika menentang Perak nanti,” katanya. Seremban: Negeri Sembilan memanfaatk­an waktu rehat panjang dengan menyusun latihan lebih agresif dalam persiapan menghadapi suku akhir pertama Piala FA menentang Sabah di gelanggang lawan, 1 April depan.

Ketua jurulatih Asri Ninggal berkata, perlawanan persahabat­an menentang PKNS FC akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok.

Katanya, waktu rehat tanpa perlawanan perlu digunakan sebaik mungkin bagi memastikan kekuatan pasukan berada di tahap memuaskan sekali gus bersedia mempamerka­n aksi lebih cemerlang pada pertembung­an dengan Sabah nanti.

“Perlawanan persahabat­an itu sebahagian daripada usaha memastikan tahap kecergasan dan rentak terbaik

 ??  ?? TADJIEV (tengah) tonggak utama T-Team.
TADJIEV (tengah) tonggak utama T-Team.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia