Harian Metro

OMBAK RINDUKU

„ Bapa Mohammad Aiman terus peluk mangsa terselamat untuk lepas kerinduan

- lapor Amrullah Abdul Karim

> "Apabila melihat wajah Shahil, saya terbayangk­an arwah anak lalu memeluknya untuk melepaskan rindu." kata Kamarul Ariffin Osman, 38, bapa kepada Mohammad Aiman, 10, yang lemas di sungai bersama enam sahabatnya Jumaat lalu. Muhd Shahil Azman,

12, mangsa tunggal terselamat dalam tragedi menyayat hati itu,

“Apabila melihat wajah Shahil, saya terbayangk­an arwah anak lalu terus memeluknya untuk melepaskan rindu.” kata Kamarul Ariffin Osman, 38, bapa kepada Mohammad Aiman, 10.

Anak keempatnya itu lemas bersama enam sahabatnya di Sungai SKC, di sini, Jumaat lalu dan kejadian itu memberi kesan besar kepada keluarga semua mangsa.

Shahil atau Muhd Shahil Azman, 12, menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat dalam tragedi menyayat hati itu ketika mereka memancing sebelum dihanyutka­n arus deras dipercayai akibat fenomena kepala air jam 5.45 petang.

Selain Mohammad Aiman, mangsa yang maut ialah dua beradik, Mohd Shahrizat Abdullah, 12, dan Mohd Shahrizwan, 10, Amirul Hakimi Khairul Amru, 10, Mohd Iskandarsh­ah Abdullah, 11, Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12, dan Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10.

Kamarul berkata, Shahil yang terselamat dalam kejadian itu amat rapat dengan arwah kerana kerap datang ke rumahnya di Apartment Cempaka, Taman Bunga Raya, di sini, untuk bermain.

“Dia kebiasaann­ya akan singgah untuk pergi sekolah dengan Mohammad Aiman di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 (SKTBR1).

“Hati saya memang tersentuh apabila melihatnya yang mengingatk­an saya kepada arwah,” katanya sebak ketika ditemui pada majlis tahlil perdana dan penyerahan sumbangan kepada keluarga mangsa oleh Exco Kerajaan Negeri Dr Daroyah Alwi di Surau Abu Bakar Ali Bashah, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Norita Mohd Sidek dan Pegawai Daerah Hulu Selangor Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Sementara itu, kakak Mohammad Aiman, Nurul Aqilah, 17, mengharapk­an keluargany­a terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

“Kami mendoakan roh arwah tenang dan kami percaya ada hikmah di sebaliknya kerana adik pergi pada hari Jumaat.

“Wajah dan tingkah laku Mohammad Aiman seiras dengan adik bongsu (Mohd Alif Ashraf, 5) yang turut mempunyai minat sama iaitu bermain bola sepak,” katanya.

Dalam pada itu, Shahil yang ditemui di majlis berkenaan tidak dapat menahan kesedihann­ya dengan pemergian semua sahabatnya dalam tragedi berkenaan.

“Kejadian itu berlaku sekelip mata dan jeritan sayu rakan karib saya (Mohammad Aiman) masih tergiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini.

“Walaupun masih trauma dan terbayangk­an wajah semua kawan saya tetapi saya tetap menghadiri majlis ini,” katanya.

Menurutnya, jika berdaya, dia pasti dapat menyelamat­kan mereka ketika dihanyutka­n arus tapi dia tidak mampu berbuat demikian dan bernasib baik diselamatk­an orang awam yang terdengar jeritannya.

 ??  ?? Bapa budaklemas curahkasih padarakan
anak
Bapa budaklemas curahkasih padarakan anak
 ?? FOTO: AMRULLAH ABDUL KARIM ?? KAMARUL ditenangka­n sebaik melepaskan rindu kepada Muhd Shahil.
FOTO: AMRULLAH ABDUL KARIM KAMARUL ditenangka­n sebaik melepaskan rindu kepada Muhd Shahil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia