Harian Metro

NAK MATI PUN SUSAH

„ Gadis berenang ke tengah laut, cuba terjun jambatan dek cemburu

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Seorang wanita yang dipercayai cemburu terhadap rakannya, selain tertekan dikatakan cuba dua kali membunuh diri di lokasi berasingan, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 21 tahun itu dikatakan nekad berenang ke tengah laut di Pantai Perkelahan Awam Teluk Batik, dekat sini, jam 11.33 pagi.

Dalam kejadian kedua wanita yang berasal dari Kampung Semat, Manong dekat Kuala Kangsar itu cuba terjun daripada jejantas setinggi tiga meter berhampira­n Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seri Manjung, di sini, jam 8.42 malam pada hari sama.

Dalam kejadian di Teluk Batik, wanita itu difahamkan datang bersama dua rakan, masing-masing seorang lelaki dan perempuan sebelum ‘mengamuk’ selepas melihat lelaki dipercayai teman lelakinya berbual berdua-duaan dengan rakan perempuan dan mengugut mahu membunuh diri di pantai itu.

Saksi kejadian, Insyira Iriena Shamsul,18, berkata, ketika itu dia dan beberapa rakan lain duduk di tepi pantai dan menyangka wanita itu mahu berenang seperti pengunjung lain.

“Difahamkan, teman lelaki wanita itu datang kepada pemilik bot dan permainan air di sini memberitah­u wanita berkenaan cuba membunuh diri sebelum pemilik bot, pemandu dan lelaki itu segera ke tengah laut untuk memujuknya.

“Namun, usaha itu tidak berjaya, malah wanita itu semakin marah kerana lelaki terbabit ada di dalam bot sebelum meminta bantuan polis marin berhampira­n pantai.

“Usaha kedua itu turut gagal sebelum pemilik bot itu pergi semula dan terjun ke laut menyelamat­kan wanita itu bersama pasukan polis marin selepas hampir setengah jam memujuk,” katanya.

Insyira berkata, wanita itu dihantar ke Hospital Seri Manjung oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dirawat.

“Pagi tadi (semalam) rakan memberitah­u ketika keluar makan malam mereka ternampak wanita itu dikejar di jalan raya sebelum kami mengetahui dia cuba membunuh diri kali kedua dengan cuba terjun dari jejantas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung Pegawai Bomba Kanan II Ismadi Darusman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.43 malam sebelum sembilan anggota yang diketuainy­a bersama jentera serta Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) ke lokasi.

“Kami mengambil masa sekitar 10 minit memujuk mangsa sebelum seorang anggota wanita sempat memegang tangan mangsa dan dibawa turun,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba menyelamat­kan mangsa di jejantas dekat SRK Seri Manjung, semalam.
ANGGOTA bomba menyelamat­kan mangsa di jejantas dekat SRK Seri Manjung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia